Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Friday, December 31, 2010

ISLAH 2 ~penuh dugaan #2

Assalamualaikum..post kali ini adalah untuk menyambung cerita saya di program ISLAH 2.0... sedikit sambungan untuk malam pertama program.. Penghulu dan penghuli dilantik daripada kalangan kami. Tahu siapakah mereka??? Penghulu untuk ISLAH 2.0 adalah Syeikhuna Hafizi Ibn Salim, manakala penghuli pula tak lain tak bukan Syeikhah Siti Khadijah binti Azmin..huma min Maahad Ahmadi.. (untuk ISLAH 1, Izzat dan Adawiyah )..Seperti biasa konsep 'volunteer' diterapkan dalam program ISLAH ini. Selepas slot Bual Bicara Islam, kami diberi minum malam dan sedikit taklimat tentang bilik (khas untuk mujahidah sahaja)..Minum malam itu kami diberi makan biskut Azan(orang kampung panggil biskut lutut) dan air teh..Saya yang sudah kenyang dengan makan malam itu, seakan juga trauma untuk makan.. Puas juga saya berfikir.. Nie betul-betul TAMRIN nieh kalau dah makan nasi mentah...Malam itu, saya sangat sakit kepala. Demam yang tadi kebah seakan panas semula. Tatkala slot ceramah pada malam itu, mata dan tangan aku sangat-sangat panas. Sahabat-sahabat yang lain terus memberi kata semangat.."syera, bertahan".. Pada malam itu, usai bacaan Al-Mulk dan doa Rabithoh di bilik B, saya terus baring dan melelapkan mata. Seakan tidak larat pula. Sehingga terjaga pada jam 3.45 pagi lebih kurang. Semalam, Wardah (bukan nama sebenar) mengajak aku untuk mandi awal. Katanya senang. Saya yang bangun dahulu daripada Wardah, dan ada sahaja sahabat-sahabat yang lain telah pun mandi, terus ke bilik air. Amat sejuk dan sangat-sangat sejuk.

Terkilan

Namun, kepala ini masih lagi berat. saya sambung berbaring bersama Balqis. Saya tidak turun Qiam berjemaah pada pagi itu. Terasa amat berat pula kepala. Namun, yang membuat saya terkilan adalah saya juga turut terlepas slot Tarbiyyah Ruhiyyah pada pagi itu. Saya sangat terkilan. Pada saya, slot itu amat penting buat diri saya ini yang sering mengalami masalah jiwa yang kritikal. (ada sesiapa yang nak kongsi ilmu ceramah Tarbiyyah Ruhuiyyah nie???) Saya dan Balqis hanya turun ketika Riadhah~renggangan. Agak mencabar juga aktiviti renggangan yang dibuat, tapi amat bagus untuk kesihatan.

Suka

Slot Ustaz Said memang best. Ustaz menceritakan tentang ciri-ciri Islam. Selama ustaz berceramah, hanya 2 ciri sahaja yang sempat diterangkan daripada 6 ciri. Actually, ni silibus pelajar-pelajar Jordan. Sahabat-sahabat yang nak ke Jordan tu, boleh la tau sikit fasal ni, sebagai persediaan. Nak tau apa dia ciri-ciri Islam?
1. Rabbaniyah (bersifat ketuhanan, agama Allah, dan segalanya di tentukan oleh Allah)
2. As-Syumul dan Al-Kamal @ Syumuliyah
3. Inqilabiyah ( jatuhnya jahiliyah dan tertegaknya Islam)
4.Tsabat wal Murunah (Fleksibel)
5. A'lamiyah (sejagat)
6. Waqi'iyyah (semasa)
Itulah ciri-ciri Islam, yang 4 lagi tu, akak fasi terangkan dalam kumpulan selepas slot Ustaz Mohammad. Macam biasalah, kalau slot Ustaz Mohamad ni memang selalunya agak mencabar minda dengan soalan-soalannya. Kali ini, ustaz bawakan tajuk 'Pendakwah : Cabaran dan Persiapan. Sampai saja slot ustaz, ustaz terus beri kami soalan yang perlu dijawab mengikut kumpulan yang telah digabungkan dan menjadi 6 kumpulan.

Hebat

Soalan-soalan yang telah diberi ialah
1- Sebagai pendakwah muda, apakah cabaran yang anda hadapi? (soalan group saya)
2- Selepas SPM, apa yang anda akan buat dalam tempoh 6 bulan daripada sekarang?
3- Apakah persiapan yang boleh anda lakukan dalam menghadapi cabaran-cabaran sebagai pendakwah muda.
4- Sila huraikan terjemahan surah At-Taubah, ayat ke 24.
5- Sila huraikan terjemahan surah Al-Ankabut ayat 2-3.
6- Sebagai pelajar lepasan SPM, apakah yang anda boleh lakukan untuk mengIslahkan masyarakat?
Semua kumpulan diminta untuk membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulan tersebut, dan apa yang paling menarik pada saya adalah, sahabat saya, kumpulan Shafiqah Azira telah diminta untuk membentangkan terjemahan daripada salah sebuah kumpulan Muslimeen dalam bahasa Inggeris. Shafiqah Azira menjadi wakil kumpulan mereka dan dia mampu untuk membentangkannya. Sangat hebat. Bagus, sahabat!

Selepas slot ini, kami diminta untuk masuk ke dalam kumpulan dan dibawa oleh fasilitator ke mana sahaja untuk membuat aktiviti. Fasi kumpulan kami ialah Kak Raudah dan Kak Bahyah. Memang best la akak-akak ni. Aktiviti pertama kami ialah lukiskan sesuatu yang menggambarkan diri anda dan kaitannya dengan jalan dakwah.(teringat cerita Tautan Hati, aktiviti yang sama di lalui oleh Asiah Yusra dan Elya Khadeeja) Puas juga berfikir apa yang ingin ku lukiskan ini? Namun, hanya satu sahaja yang terlintas di fikiranku. Agak-agaknya apa? Cuba teka? Semestinya saya melukis BULAN yang di kelilingi BINTANG..(macam kat blog ni). Saya dan bulan. Bulan menjadi penerang pada malam hari. Memang, truely saya memang suka bulan, dan itulah salah satu sebab kenapa nama nur_malam dipilih (rahsia ni)...Ada yang lukis bas lawatan, baju, aisberg, rumah, aiskrimb dan macam-macam lagi. Maka, terhasillah bendera setelah dicantumkan semuanya dalam ahli kumpulan. Kami juga diterangkan tentang ciri-ciri Islam secara ringkas oleh fasi.

Selepas solat zohor, kami diberi makan tengah hari. Akibat kelewatan turun untuk makan, saya dan Balqis tidak dapat makan tengah hari. Saya, tak kisah tidak dapat makan (masih kenyang makan nasi semalam) tapi, Balqis yang ketika itu masih demam dan agak teruk daripada saya. Kasihan Balqis. Kami meneruskan aktiviti dengan slot ceramah Fiqh Dakwah oleh Ustaz Mohd Idris bin Mohd Yussoff. Sangat banyak input-input yang saya dapat antaranya ialah rukun dakwah iaitu :-
1. Maudhu' Dakwah (isi yang ingin dibawa)
2. Pendakwah
3. Mad'u
4. Wasail dan Uslub dakwah.

Seperti biasa, slot-slot ceramah seperti ini pastinya ramai yang mengalami 'pendarahan otak'. Namun, saya amat bersyukur kerana saya tidak pula mengalami pendarahan otak. Mungkin kerana minat. Saya pun tidak pasti. Ramai juga sahabat-sahabat yang telah tumbang. Selepas tamat slot ini, saya melihat Balqis sangat lemah ketika itu. Saya mengadukan hal ini kepada Cikgu Khajar, cikgu kesayangan kami. Cikgu telah memberi Balqis makan nasi dan ubat. Alhamdulillah, dia ok saja selepas itu.

Slot seterusnya ialah sidang pleno dengan tajuk "Dakwah di Malaysia gagal, salah siapa?" Kumpulan kami mendapat diri sendiri. Dihentam dan menghentam berserta hujah. Itulah yang dilakukan antara kami. Namun, yang paling teruk dihentam ialah pihak kerajaan. Kasihan. Kesimpulan dibuat pada akhirnya. Semua pihak bersalah kerana setiap pihak ada kebaikan dan kelemahan masing-masing. Semua perlu bersatu untuk meningkatkan dakwah di Malaysia.

Mencabar

Selepas solat Asar dan Ma'thurat, aktiviti Treasure Hunt @ explorace diadakan dalam keadaan hujan sekejap-sekejap dan kadang kadang reda. Amat mencabar diri ini. Antara cabaran-cabaran yang telah kami hadapi ialah berdakwah kepada sepasang couple, membuat promosi kepada seseorang (fasi berlakon) untuk menjual sesuatu (kumpulan kami mendapat aksesori kereta), berdakwah kepada bukan Islam, berdakwah kepada orang luar, berdakwah kepada sahabat yang sedang bermain untuk solat, berdakwah kepada perempuan yang tidak memakai tudung. Amat menguji kami semua, namun ianya sangat best dan memberi pengalaman yang cukup baru untuk saya. Saya Tamatnya treasure hunt itu agak lewat sehingga masuknya waktu maghrib. Selepas solat maghrib berjemaah, kami disaji dengan makan malam. Sedap juga, tetapi tidak mampu untuk kumpulan kami habiskannya. Memang kalau dah saya ada dalam kumpulan makan ni, selalu saja kena buli suruh dihabiskan. Alasannya, saya kuat makan. Takpa, memang saya kuat makan tapi kenalah berpada juga kan.. Kalau terlebih, itu nafsu namanya..

Redah saja

Malam itu, selepas makan, sahabat sebilik saya demam dan saya adukan kepada penghuli, Khadijah. Khadijah mengajak saya untuk pergi ke bilik fasilitator untuk meminta ubat. Malam itu hujan renyai lebat sedikit. Saya dan Khadijah beserta sweater kesayangan kami meredah hujan bersama. Seronok juga main hujan. Sampai sahaja di bilik fasi, setelah mengambil ubat, hujan bertambah lebih lebat. Kami agak risau, macam mana nak balik bilik ni? Akak fasi telah memberi kami meminjam payung mereka. Terima kasih akak. Saya turut respek dengan sahabat saya ini. Cukup tegas dan bagus menjalankan tugas. Bagus, diejah!

Kemuncak

Selepas solat berjemaah dalam bilik masing-masing, semua peserta di minta pergi ke bilik fasi yang diluarnya seperti dewan untuk meneruskan aktiviti dengan slot yang saya kira kemuncak program. Mengapa??? entahla. yang penting persoalan saya selama ini terjawab juga. Tajuk Sirah@sejarah yang dibawa oleh ustaz... maaf tidak pasti namanya.. Sangat best.. Sekali lagi pendarahan otak berlaku dalam kalangan sahabat-sahabat. Malam ini lebih parah, mungkin kerana setelah berjuang dalam treasure hunt petang tadi. Mungkin juga kerana minat, saya sekali lagi tidak mengalami pendarahan otak, yang penting saya memang amat suka ceramah pada malam itu. Hakikatnya memang saya kurang meminati subjek sejarah (kerana perlu membaca) namun, jika diceritakan, menjadi minat pula. Mungkin.. Keseronokan menerjah ke dalam jiwaku pada malam itu.

Pentingkan diri???

Malam itu, saya agak lambat daripada yang lain masuk ke bilik. Masuk saja ke dalam bilik, ramai sahabatku yang telah tidur. Namun, ketegasan si penghuli, Khadijah, menyuruh sahabat-sahabat untuk membaca Al-Mulk. Selepas itu, semua terus tidur tanpa banyak bicara. Saya mula melihat, muat ke tempat tidur ni. Semalam, saya tidur antara yang tercepat, jadi tidak perasan pula. Hmm.. Rupanya sahabat-sahabat lain tidak muat tempat tidur. Saya bertanya kepada salah seorang sahabat saya, "semalam, muat ke tidak sebenarnya?".. Dia menjawab, "muat..hehehe, sebenarnya tak muat", beristighfar saya mendengarnya. Kasihan sahabatku ini. Rupanya tidak muat tidur semalam? Pentingkan diri kah saya semalam? Puas saya muhasabah diri, teruk punya perangai. Walaupun sakit, fikirlah orang lain!!! Amat menyesal saya. Oleh itu, pada malam itu, saya tidur lewat. Mengemas beg untuk pulang esok dan pada mulanya saya tidak mahu tidur, namun, risau esok mengantuk dalam aktiviti, saya tidur juga, disebelah Millah (SHAMS). Tempatnya tilam @ lantai @ selesa @ tidak, saya tidak fikirkannya. Yang penting, bolehlah tidur ya..Kasihan sahabat yang tidur tidak selesa semalam.. Sehingga ke pagi...

Saturday, December 25, 2010

ISLAH 2 ~penuh dugaan

Assalamualaikum..entry kali ini ingin ku kongsi tentang pengalaman yang telah aku lalui sebelum dan semasa program...Dalam masa lebih kurang seminggu aku mencari peserta yang akan ke ISLAH 2...Alhmadulillah, setelah berbagai rintangan di hadapi, beberapa orang sahabat yang telah sudi untuk mendaftarkan diri.. Namun kuasa Allah, walaupun setelah beberapa sahabat aku ini berusaha untuk menjadi pilihan Allah menyertai ISLAH ini, akhirnya beberapa daripada sahabat aku ini tidak dapat menyertai ISLAH atas sebab tertentu.

Dugaan datang lagi.. Tatkala kami, pelajar Maahad Ahmadi, hampir menamatkan paper SPM kami, Ekonomi Asas, kesakitan datang ke tubuh ku.. Tidak dapat ku nyatakan bagaimanakah rasa dan perasaanku..Aku, Anisah Sabtani(bukan nama sebenar) dan Atiqah Ridzwan(bukan nama sebenar) kelewatan masuk ke dewan peperiksaan untuk paper 1, dan ini merupakan kali yang ke-2 kami lambat.. Ketidak tenteraman aku menjawab paper 1 mendorong aku untuk berlari pulang ke dorm secepat mungkin. Ikutkan hati, ingin sahaja aku tamatkan paper seawalnya, namun malu juga menebal untuk bangun lebih awal daripada yang lain..Aku pulang ke dorm dan terus baring di atas katil, setelah bangun, aku solat zohor dan terus ke dewan tanpa sempat menyelak sebarang nota.. Kesakitan aku itu membuatkan aku tidak mampu untuk membuat sedikit revision..Akhirnya, aku, anisah, atiqah dan Affiza (bukan nama sebenar) sekali lagi lambat masuk ke dewan, dan kami orang yang terakhir sampai, mujur sahaja belum mula menjawab.... Di saat yang lain kegembiraan tamat SPM, aku tidak merasakannya melainkan kerisauan terhadap kesakitanku ini... ESOK NAK KE ISLAH... bagaimana?? puas juga aku berfikir, wajar @ tidak aku ke ISLAH dengan keadaan ku sebegini.yalah, kalau aku balik rumah pun kena naik bas juga... dengan semangat sahabat-sahabat lain dan kedegilan yang aku miliki, aku tekad, walau macam manapun, aku tetap kena pergi..Akhirnya aku jejakkan kaki di mps, seremban untuk menyertai ISLAH CAMP..2.0..dalam keadaan demam yang masih belum kebah dan kepeningan dan kesakitan kepala yang teramat..

Dalam perjalanan kami ke mps, Balqis (bukan nama sebenar) turut menunjukkan tanda-tanda berjangkit daripada ku, iaitu demam... risau sahabat-sahabat yang lain... Wardah (bukan nama sebenar) sangat bersemangat memberi semangat kepada ku dan Balqis. Tq Wardah..Sampai ke mps, kami peserta muslimat terakhir yang tiba, ketika itu hampir pukul 7 kami tiba di sana.. Agak lewat jugalah.. Usai solat maghrib, kami diberi makan malam...Perghh... dengan semangat kami makan... namun sedikit kelainan pada makanannya.. nasinya agak...agak....~mentah~... aku layan sahaja, namun dulang group kami, tak habis nasinya... group lain, licin juga la.. bagus! makanan malam tu membuatkan aku kenyang esoknya... selepas solat isyak, sedikit ujian minda diberi iaitu ayat Al-Quran yang perlu diterjemahkan, sedang aku khusyuk menyertai, aku dan balqis dipanggil oleh akak fasi..kami diberi ubat untuk di makan.. aku??? Ubat??? agak kurang sinonim dengan diri aku ini.. Jika tidak kerana ISLAH, aku x kan makan ubat itu... Balqis nampak lebih lemah daripada aku. Oleh itu, dia memohon duduk di bilik.. aku? tidak.. aku fikir, aku tidak mahu lepaskan peluang untuk menyertai majlis ilmu pada malam itu.. tajuknya tentang aqidah dan peranannya terhadap remaja oleh Ustaz Hapizi.. Bestla juga.. berikut senarai peranannya:-

1-berperanan untuk berdakwah kepada diri dan orang lain supaya JANGAN Meninggalkan Perintah Allah

2-berperanan untuk berdakwah kepada diri dan orang lain supaya TIDAK Mengharamkan yang Halal dan Menghalalkan yang Haram

3-berperanan untuk berdakwah kepada diri dan orang lain supaya BERHATI-HATILAH dengan Iblis Laknatullah

4-berperanan untuk berdakwah kepada diri dan orang lain supaya KONSISTEN dengan Aqidah supaya Rahmat ALLAH TIDAK PUTUS

5-berperanan untuk berdakwah kepada diri dan orang lain supaya YAKIN bahawa DUNIA adalah SEMENTARA

peranan dan tanggungjawab yang agak besar dan berat kepada kita sebagai remaja hari ini..sekadar perkongsian kepada semua....

p/s : doakan dan aku amat mengharap supaya aku terus istiqamah di jalanNya disamping amalan-amalan yang lain... doakan juga buat mereka yang tetap teguh di jalanNya juga...