Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Tuesday, December 29, 2009

...::2009::... #3


Semaian Kasih Sutera Mahabbah (SKSM) (13, 14, 15 November) untuk Senawi 2 2010
Malam ketika masak-masak Barbeque

Masak lempeng..

Menyusun straregi


Disaat ingin bertempur.. Sedia!!!

On the way nak balik Maahad. (aku yang bertudung hitam)

After the program, cuci khemah la pula..


...Kenangan...

Program yang telah banyak diuruskan oleh Cikgu Khajar dan Ahli Jawatankuasa iaitu Senawi 1 2009. Banyak kenangan sewaktu itu. Antaranya Muhasabah dalam laut dan bermain hujan (touching). Terima Kasih kepada mereka yang telah menjayakan program ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.


picture by Fazlina Rahim..





Kit program (barang amanah berupa biskut, buku catatan, fail, name tag)

Islamic Student Leadership Camp {ISLAH} (6-8 Disember 2009)

Program ini juga banyak memberi pengalaman dan input-input yang agak bagus dan BEST. Antaranya dapat mengenali sahabat-sahabat yang terdiri daripada penjawat-penjawat jawatan tertinggi dalam sekolah masing-masing. Peserta-peserta terdiri daripada pelajar sekolah-sekolah sekitar Negeri Sembilan. Sahabat-sahabat Maahad yang telah menyertai program ini ialah {Muslimeen} Azri, Hafizi, Miqdad dan Haziq, {Muslimat} Zahidah, Khadijah, A'inaa, Najwa, Rosnani dan saya.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah perbincangan-perbincangan dengan mengupas tajuk yang memerlukan pemikiran yang tinggi. Selain itu, kembara malam antara aktiviti yang memberi kesan kepada saya. Kami telah dikejutkan daripada tidur lebih kurang pukul 2.30 pagi dan memulakan kembara pada pukul 3 pagi. Setiap checkpoint terdapat aktiviti yang mencabar. Antaranya ialah makan roti berintikan kopi, lada hitam dan beberapa bendaasing yang tidak dapat dikenal pasti. Kemudian kami diberi minum air yang masin-masam, dan pahit. Terakhir sekali, kami diberi pisang untuk menstabilkan rasa. Dengan perut yang kosong kami diberi makanan seperti itu agak menggugat perutku dan menjadikan ia sakit tetapi tidak memudharatkan, alhamdulillah. Selain itu juga terdapat sessi muhasabah dan pengujian terhadap ukhuwah dan kepimpinan. Kami berhenti ketika azan subuh. Kumpulan saya tidak sempat mengahabiskan 2 chekcpoint. Walaupun agak kecewa tetapi kami tetap berasa gembira dengan cabaran0cabaran yang telah diberi. Selepas Subuh, kami dimuhasabahkan dan melaungkan 'Birruh biddam Nafdika ya Islam' dengan semangat serta melaungkan 'Kami berjuang kerana Allah'. Slot ini telah menaikkan semangat kami semua..

Pada setiap buku catatan yang kami terima, terdapat satu perkataan yang telah ditulis. Kami tertanya-tanya apakah tujuan benda itu ditulis. Semuanya terjawab pada waktu pagi hari ke-2. Kami telah disuruh untuk membuat hadharah dan bersyarah mengenai perkataan tersebut di tengah-tengah tidak lebih dan kurang daripada 3 minit. Jika tidak!! nahas.. Kami akan dibaling botol kosong. Gerun saya dibuatnya. Saya telah mendapat tajuk CINTA. Saya amat takut jika dipanggil tetapi, point-point penting saya cuba susun dalam kepala. Beberapa peserta telah diminta untuk bersyarah tajuk mereka. Ada yang dibaling botol dan ada yang di tambah masanya dan ada juga yang dikurangkan masanya, ada juga disuruh bersyarah tajuk kawan sebelah. Tiba-tiba seorang demi seorang dipanggil untul bersyarah mengikut kumpulan yang diberi. Namun ada kelainannya pada arahan syarahan kami. Ada yang disuruh bersyarah dalam bahasa 'nogori', ada yang dalam Bahasa Inggeris. Rezeki saya ketika itu, saya dipilih untuk mensyarahkan tajuk saya dalam Bahasa Arab. Memang ia betul-betul menguji saya sebagai seorang pelajar Maahad Ahmadi. Alhamdulillah, kelompok kumpulan saya terdiri daripada muslimat sahaja. Saya pun memulakan dengan cuba memanjangkan muqoddimah. Sedang bersyarah 'alhub', Ustaz Mohamad, salah seorang urustia berkata kepada saya "Apa hub, hub? Buat bahasa 'nogori'." Alhamdulillah saya tidak dikenakan apa-apa denda. Namun antara objektif program ini adalah untuk melihat sejauh mana kita menggunakan tajuk-tajuk tersebut untuk di masukkan dalam perjuangan. Saya teringat seorang peserta muslimat yang telah mendapat tajuk Gulai Lomak Cili Padi, dimana dia pandai menggunakan tajuk itu dimasukkan dengan perjuangan.

Namun, buat teman-teman ISLAH.. All the best dunia akhirat. ISLAH UNITED

Lagu Tema

Monday, December 28, 2009

...::2009::... #2


Barisan fasi muslimeen bersama Ustaz Taufik dan Ustaz Nizam



Barisan fasi muslimat bersama pihak sekolah.
(entah kenapa mukaku begitu teruk dalam gambar ni..)

Kem Bestari Solat di SMK Palong 2.. (30 dan 31 oktober 2009)

Program inilah yang pertama kali saya menjadi fasi, di luar sekolah pula tu. Tetapi tanggungjawabnya agak berat ialah nak membetulkan solat orang lain. Solat sendiri entah sempurna ataupun tidak. Tapi di sini juga tinggal memori yang indah. Mengenali anak-anak felda yang bermacam-macam ragam. Alhamdulillah sgalanya berjalan dengan lancar. Semoga adik-adik terus istiqamah dan belajar bersungguh-sungguh. Buat pihak sekolah dan urusetia terima kasih banyak-banyak atas makanan yang sedap dan kemudahan yang mencukupi. Buat sahabat-sahabat fasi, minta maaf jika ada salah dan silap dan teruskan perjuangan entum.

Kem Remaja SPIES (2 dan 3 Disember 2009)


Kit program

Program ini telah berdiadakan di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor dibawah Konsultan Fitrah Power. Selain saya, sahabat-sahabat Maahad saya iaitu Khadijah (bukan nama sebenar) dan juga Nabihah (bukan nama sebenar) juga menyertai program ini. Program SPIES ini adalah di bawah kerajaan Negeri Selangor yang ingin supaya peserta menerapkan Spiritual Physical Intelectual Emotional Social (SPIES) dalam kehidupan seharian. Program ini juga telah memberi saya pengalaman pertama iaitu menaiki 'Flying Fox'. Pada waktu malam, telah diadakan aktiviti burung hantu. Kami telah diarah untuk menutup mata dan dinasihatkan supaya terus berzikir LAILAHAILLALLAH. Pada mulanya saya agak tenang. Tetapi selepas mendengar jeritan-jeritan daripada peserta-peserta lain (khususnya lelaki), jiwa saya sedikit terganggu, namun saya terus berzikir dan tenang semula. Makin lama, jeritan itu pun kembali reda dan sunyi. Kemudian, saya telah dibawa ke tempat berkumpul kembali. Akak fasi itu berkata, saya adalah orang terakhir yang sampai di situ kerana meraka tidak perasan saya. Saya merasa hairan di dalam hati, mengapa mereka bersungguh-sungguh menjerit padahal tiada apa berlaku. Selepas habis slot, baru saya tahu bahawa ada diantara kami yang telah diusik oleh pihak fasi dan urusetia. Saya bertanya dalam hati, mengapa aku tidak kena. Bila difikir-fikir balik, saya telah diletakkan di tempat yang kurang strategik dan kebetulan saya juga telah memakai se'set' hitam (tudung, baju Save Gaza, dan seluar pun hitam termasuk stokin, maksum dan kasut). Nabihah telah diganggu sedikit, saya dan Khadijah selamat dari diganggu.

Selain itu, aktiviti meredah hutan juga telah dijalankan betul-betul selepas hujan berhenti. Ketika sampai di tempat terakhir, kami dibenarkan untuk mandi sungai dan tempat mandi antara lelaki perempuan telah diasingkan dan ia telah memudahkan kami untuk mandi. Sedang asyik kami (khadijah, nabihah dan saya) bermain air, tiba-tiba seekor lintah @ pacat telah menggigit tangan Khadijah. Alhamdulillah, Khadijah dapat menarik lintah @ pacat tersebut sebelum sempat menghisap darahmya. Selepas habis meredah hutan, baru saya sedar bahawa saya juga telah digigit oleh lintah @ pacat, tak pasti. Darah tidak henti-henti keluar. Cemas juga. Tetapi tiada apa-apa yang mudharat berlaku, alhamdulillah. Slot terakhir, iaitu perasmian penutup, kami berpeluang berjumpa Ustaz Shukri (moderator Halaqah TV9) secara 'live'. Walau apa-apapun,program ni best.

...::2009::...

Assalamualaikum..Salam Mahabbah.. Salam Ukhuwah.. Baru sahaja kita melepasi tahun baru Hijrah..Selepas ini pula kita akan menginjak ke tahun baru masihi pula. Pada tahun 2009 saya rasa inilah tahun yang paling banyak saya sertai program. Mugkin ia juga sebagai kekuatan untuk saya menghadapi tahun 2010. Antara program-program yang telah banyak memberi kenangan dan pengajaran ialah



Ke-Minda 2....

Program anjuran Alumni Maahad Ahmadi. Program ini best sangat tak terkata. Lebih-lebih lagi ketika qiamullail di dataran antara koperasi dan makmal sains. Hanya berbumbungkan langit dan berlantaikan tar, kami mengerjakan solat sunat dan bermuhasabah. Pengalaman yang sukar dilupai dan tidak pernah dirasai oleh pelajar maahad yg lain. Selain itu, pelajar muslimat dapat merasai tidur di musolla. Rasanya, tidak pernah pelajar muslimat tidur malam di musolla. Best sangat. Saya juga 'respect' kepada akhi farhan, akhi disiplin (pensyarah rupanya) kerana dialah orang pertama yg ana dengar daripada program-program lain iaitu mengaitkan disiplin dengan Islam. Bagus sangat...Kalau sesiapa yang ada join program ni, ingat lagi tak lagu tema kita??.. Tajuknya Bingkai Kehidupan.. Semasa itu Akhi Hazwan @ Apai yang mengajarkan kita lagu ini tanpa muzik.




Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ALLAH
Kan menjadi saksi pengorbanan

ALLAHU GHAYATUNA
AR-RASUL QUDWATUNA
AL-QURAN DUSTURUNA
AL-JIHADU SABILUNA
AL-MAUTU FI SABILILLAH ASMA AMANINA

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Alllah adalah cita-cita kami tertinggi
ikhlaskan diri di jalan ini.

Program bersama-sama pelajar USIM..

Program ini banyak memberi pengajaran kepada saya dan sahabat-sahabat untuk lebih menunjukkan erti Hubun Madrasah ataupun menjaga Bumi Tarbiyyah daripada dirosakkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Tiada apa yang menarik setelah sedar kesilapan besar telah dilakukan oleh saya dan sahabat-sahabat.



Kem Inspirasi Serikandi Suksess (KISS)



Program ini best juga. Dapat melihat ketelusan dan ketulusan hati sahabat-sahabat Muslimat. Semasa sessi taklimat yang dijalankan pada waktu petang,kami diminta untuk memilih ketua setiap batch. Senawi 1 sepakat telah memilih Affiza Aris sebagai ketua batch kami. Apa yang terjadi selepas itu? Affiza Aris telah mengalami demam dan tidak dapat menyertai program. dengan serta-merta Aimie Qurratue Ainie pula menggantikan Affiza. Pada malam itu pula Aimie Qurratue Ainie pula demam. Mengapa jadi begini?? Sudah Taqdir Allah. Alhamdulillah.. Affiza Aris kembali bertugas pada keesokan harinya.

Pada malam itu sessi Muhasabah Kapal telah dijalankan. Mengapa saya panggil ia Kapal? Sebab sessi ini semua peserta diminta untuk menutup mata dan diceritakan mengenai kapal yang bakal karam dan siapa yang ingin berkorban?? Kumpulan saya, hanya Aqilah sahaja (bukan nama sebenar) yang bangun untuk berkorban. Mengapa yang lain tidak bangun? kerana kami tidak mengerti kehendak urusetia. Selepas habis cerita, kami dikehendaki mencari sahabat kami yang tiada. Kumpulan kami menyedari Aqilah tiada tetapi 'sandle'nya masih ada dan 'spect' Aqilah ada pada Rosnani(bukan nama sebenar). "Dimana Aqilah??" keluar persoalan selepas mata kami dibuka. "Di Maktabah kerana lampu maktabah terbuka.."kata salah seorang daripada kami. Kami bergegas ke sana untuk menjemput Aqilah. Di hadapan maktabah kami telah dimarah oleh urusetia. Katanya penting diri sendir dan sebagainya. Apabila ada beberapa pihak ingin masuk ke maktabah, mereka marah dan terus marah. Namun, kami berbasib baik kerana salah seorang ahli kumpulan kami iaitu Nabihah (bukan nama sebenar) telah menyelinap masuk dengan mudahnya. Mungkin kerana saiznya yang agak kecil memudahkan perjalanannya selain dibantu oleh Allah. Akhirnya, kami adalah kumpulan yang pertama berjaya menyelamatkan sahabat kami. Kami terus diminta ke hadapan bersama Aqilah dan diminta menjawab beberapa soalan daripada Kak Fatin @ Kak Leha (bukan nama sebenar). Kami gembira dapat bertemu semula. Selepas itu, terjadi insiden yang tidak diingini berlaku iaitu sessi 'touching' antara batch berlaku. Terdapat beberapa pelajar yang sakit dan pengsan pada malam itu. Namun, ia tidak mengganggu kelancaran program.. Terima Kasih dan tahniah kepad semua yang terlibat...

Sunday, December 27, 2009

Permata Ayah Bonda...



Assalamualaikum.. Salam Mahabbah.. Salam Ukhuwwah.. Alhamdulillah akhirnya blog ini berjaya dibuat sambil diedit dari masa ke semasa. Mesti ramai yang tertanya-tanya "kenapa Permata Ayah Bonda?".. Kenapa ya?? Sebenarnya nama ini telah diambil daripada sebuah lagu yang agak lama tetapi masih diminati ramai.Lagu ini telah dinyanyikan oleh sebuah kumpulan nasyid yang tidak asing lagi dalam industri nasyid kita iaitu kumpulan Firdaus yang juga popular dengan lagu Ku Berlari. Bukan sahaja kerana liriknya yang amat menyentuh hati dan paling panjang yang pernah saya dengar malahan lagunya juga sedap didengar atau didendangkan. Lagu ini juga amat diminati oleh umi. Mungkin dari sinilah saya mendapat ilham untuk memilih Permata Ayah Bonda sebagai nama blog ini...Haza faqod.. Wallahu Taala A'lam..



ayah dan bondaku..

Permata Ayah Bonda
Album : Keampunan
Munsyid : Firdaus

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara

Saturday, December 26, 2009

Perhatian!!



p/s: untuk paparan lebih besar sila klik pada gambar..

12 Sifat SAHABAT


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas.

Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

( Petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali)

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat..




Kepada Puteriku .....

Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan. Aku tulis dan
khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya,sekarang masyaALlah!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?



Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya
untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong...aku kecurian."

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.
Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu
berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku? Renungkanlah

Friday, December 25, 2009

Nur Malam



Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Alloh yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat


nasyid by saujana