Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Sunday, February 24, 2013

Ingat tanda Cinta




Bismillah alhamdulillah. Kelab PERKIM UUM telah membuka tirai semester ke 2 sesi 2012/2013 ini dengan sebuah forum bicara siswa sempena Maulidur Rasul dengan tajuk 'Ingat tanda Cinta'. 
Melihat kepada poster ini, aku secara peribadi mengkagumi kecantikan poster ini. Aku pasti ramai juga merasakan begitu. Mungkin juga kawan2 merasakan poster mereka atau poster kampus mereka ada yang lebih baik. Namun, aku tetap kagumi kecantikan poster ini dari sudut melihat perubahan yang amat baik kepada kelab perkim uum dalam usaha untuk menarik minat mahasiswa uum untuk menghadiri majlis ilmu. Tarikan poster ini dibuktikan dengan kehadiran seramai 400++ orang peserta berdaftar tidak termasuk yang tidak berdaftar. 
Alunan asma' ul husna pembuka program

Khusyuk. Kepadatan tidak menghalang.

Tetap setia mendengar hingga ke akhir.

Namun, aku bukan saja ingin mengatakan dari sudut kecantikan poster tersebut saja, namun aku juga melihat bahawa betapa hausnya mahasiswa UUM dengan majlis ilmu yang membina. Mereka sanggup datang demi menghadiri majlis ilmu apatah lagi yang membincangkan tentang Rasulullah sollallahu alaihi wasallam. Sehingga terdapat beberapa orang yang lewat hadir sanggup berdiri di pintu belakang akibat kepenuhan yang  teramat sangat di dalam dewan Pusat Islam tersebut. Mereka lelaki dan dari awal hingga akhir mereka berdiri. Tidak ketinggalan mereka (lelaki dan perempuan) yang hanya duduk dilantai, ditangga, tak lupa di luar akibat kerusi yang ada sudah dipenuhi oleh mahasiswa UUM yang turut cintakan ilmu dan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam.


Barisan ahli panel.




 Betapa umat yang dirindui oleh nabi ini semakin hari semakin sedar dan tahu serta menginginkan ilmu-ilmu mengisi jiwa mereka. Alhamdulillah. Sedikit gambar (sumber : FB perkim uum)

Sungguh celoteh saudara Azry, Pengerusi Kelab Pengucapan Umum

Orang kuat PERKIM UUM, Naib Pengerusi 1 dan Setiausaha Pusat

Terbaik~


"Ingat Tanda Cinta.. Sebelum Cinta pasti ada Rindu."
"Berakhlaklah dengan akhlak Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam"
-Saudara Syubhana Mufti, Timb. Pengerusi PERKIM UUM- 

"Ingat tanda Cinta. Ingat, Cinta, Rindu, Tak sah kalau tak ada pengorbanan"
"Jangan jadikan AKADEMIK FITNAH kepada ISLAM.!"
- Saudara Hafizul, Exco Tarbiyah dan Dakwah SAHAM (sahabat masjid)-

"Kita mesti pernah merasai bagaimana rindunya pada keluarga ketika tidak dapat pulang ke rumah dengan aktiviti kampus"
"Setiap yang kita lakukan niatlah ibadah kerana Allah"
- Saudara Zawawi, Pengerusi kelab PERKIM UUM-



Perkim dah ada twitter .. Jom Follow!



Allahummasolli ala saidina muhammad. Sollu alan Nabi..

-selesai sudah TOT Soff  kepimpinan PERKIM 2012/2013. 
Bermula sebuah perjalanan yang baru, menguji setiap jiwa, masa, raga. 
Allah, sempurnakan langkah ku. Ameen-

Tuesday, February 5, 2013

RESULT...!!!




Assalamualaikum.. Solawatu Wassalam Ala Asyrafil Anbiya-i wal Mursalin wa ala aalihi wasohbihi ajma-iin.

Sedar atau tidak, aku kini berjaya menghabiskan semester 1 di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Dahulunya tidak pernah aku terfikir untuk ke sana apatah lagi untuk belajar. Namun, itulah hakikatnya. Kini, semuanya sudah terjadi. Begitulah jalan hidupku setakat ini.

Dalam menghitung hari untuk keluar result semester 1 ini, pada Khamis ini, hati seperti dihimpit satu perasaan. Beberapa hari lepas. bertemu dengan beberapa orang yang mengetahui kisah kronologinya aku sebelum mendaftarkan diri di UUM , bertanyakan tentang pelajaran ku. Apa yang aku mampu jawab adalah

“alhamdulillah, biasalah” 
“macam tu la” 

ada yang seolah-olah mengetahui hakikatnya berkata

“kita perlukan orang yang betul ahli dalam bidang ni” 

Tapi, diri sendiri yang tahu sejauh mana penguasaan ku dalam bidang ni. Malahan, mereka yang tidak mendapat pengkhususan dalam bidang ini pun lebih teror dari aku sendiri.  

Terdetik satu perasaan cemburu terhadap rakan-rakan yang mengambil kos agama, bahasa Arab.

Disebabkan pakaian, sekolah dan kelulusan ku ini, ada yang bertanyakan tentang agama padaku. Sungguh, banyak yang tak dapat dijawab. Sedih. Namun itulah hakikatnya.

Teringat pesanan salah seorang murabbi ku sebelum aku menyambung pelajaran ke universiti,

“kalau nak ambil kos tu jugak, agama kena cari sendirilah” 


Bukan masih tidak dapat menerima takdir ini lagi, tetapi dalam kehidupan ini pasti ada NAIK dan TURUN
IMAN
Perasaan
Kejayaan dan Kegagalan

semua naik dan turun. 

Dengar pula seorang sahabat yang dahulunya sama tempat belajar di sekolah menengah pun mahu tukar kos dan juga universiti. Oh, Allah. Tergugat juga jiwa aku mendengarnya. Namun, tidak mengapalah moga terbaik buatnya. Masih ada seorang lagi sahabat di sana, Norihan@Nore. Moga sama-sama dapat belajar sampai habislah. (Syera habis dulu ya? :D )

Apa-apa pun, misi ku untuk mempelajari bidang ini tidak akan ku lenyapkan dan sia-siakan. Moga ada sumbangannya nanti pada Ummah. InsyaAllah, semoga semester 2 nanti harap-harapnya tidaklah kurang semangat belajar nanti.


"Kalau kita kejar ilmu, ilmu dapat dan kejayaan akan menyusul, kalau kita kejar kejayaan, kejayaan dapat namun ilmu entah bagaimana."



Pesanan seorang ustaz ku di saat aku agak gementar pada result ku sewaktu SPM dulu
 "Faiza azamta, Fatawakkal ala Allah" (3.159)

p/s : Doakan result saya dan sahabat-sahabat yang lain juga.
p/s: Teman-teman yang dapat kos agama, Bersyukurlah, nanti ajarkan aku ya? :')

sedikit gambar kenangan sepanjang berada di semester 1.

Khai Xian, satu-satunya kawan sama Kos dan Dewan Penginapan Pelajar@DPP MAS

Teman-teman sama kelas Math IT.
Mereka Kos IT

Kawan gaduh. :P Peace Yo.!

Kenangan selepas mengendalikan satu program

Saturday, February 2, 2013

Hati~ AGAR TIDAK DENDAM




TIPS AGAR TIDAK DENDAM 

Berikut adalah sedikit kesedaran yang dapat kita hadirkan dalam hati kita saat seseorang telah berbuat buruk terhadap kita, agar tidak ada dendam yang berkembang dalam hati.


1 - Ingatlah bahawa perbuatan orang itu kepada kita tidak keluar dari kehendak Allah. Allah menginginkannya itu terjadi dan PASTI ada hikmah dibalik itu.

2 - Ingatlah dosa-dosa kita kerana tidaklah keburukan menimpa kita melainkan kerana dosa-dosa kita. Sibukkan diri dengan taubat dan istighfar, daripada sibuk mencela dan mencari-cari cara untuk membalasnya.


3 - Ingatlah pahala yang sungguh besar bagi orang yang mahu memaafkan dan bersabar. “Barangsiapa yang memaafkan dan melakukan kebaikan, maka pahalanya di sisi Allah.” (QS. Asy Syuuraa: 40)

 4 - Ingatlah bahawa memaafkan dan berbuat baik akan membuat hati kita bersih dari keinginan-keinginan buruk, hasad dan dendam. Dengan itu hati akan merasakan kelazatan yang jauh lebih lazat dari kelazatan melampiaskan dendam.

5 - Ingatlah bahawa dendam akan membuat jiwa menjadi hina, sedangkan memaafkan akan membuat jiwa menjadi mulia. “Tidaklah Allah menambah kepada seorang hamba dengan sikap memaafkan melainkan kemuliaan” (HR Muslim)


6 - Ingatlah bahawa balasan yang kita akan dapatkan sesuai dengan perbuatan yang kita lakukan. Kita pun pasti pernah berbuat zalam dan dosa. Jika kita memaafkan, Allah pun akan memaafkan kita.

7 - Ingatlah bahawa menyibukkan diri dengan dendam akan menghabiskan waktu dan membuat hati menjadi tidak fokus. Sehingga banyak hal-hal bermanfaat kita lewatkan atau tangguhkan. Maka jangan sampai musibah lebih besar menimpa kita.

8 - Ingatlah bahawa Rasulullah tidak pernah sekali pun dendam kerana urusan peribadinya. Jika Rasulullah, orang yang paling mulia pun begitu, bagaimana dengan kita?



9 - Ingatlah bahawa sabar adalah sebahagian daripada keimanan. Jika kita bersabar, maka beerti kita sedang menjaga keimanan kita.

10 - Ingatlah bahawa dengan bersabar bererti kita telah mengalahkan dan mengawal jiwa kita. Kerana jiwa yang tidak dapat kita taklukan atau kuasai akan mengajak kita pada kebinasaan.

11 - Ingatlah bahawa jika kita bersabar, maka Allah pasti akan menolong kita.


 12 - Ingatlah jika kita bersabar, maka itu akan menjadi sebab orang yang telah berbuat zalim kepada kita menyesal dengan tindakannya, malu dan boleh jadi mencintai kita, walaupun sebelum ini membenci kita. “Balaslah keburukan itu dengan yang labih baik, maka tiba-tiba orang yang tadinya antara kamu dan dia ada permusukan, menjadi seolah-olah seperti teman yang dekat.” (QS. Fushilat: 34)

13 - Ingatlah boleh jadi jika kita membalas perbuatan buruknya kepada kita, hal itu akan membuatnya semakin bertambah buruk.

14 - Ingatlah bahawa orang yang biasa mendendam, dia pasti akan terjerumus pada kezaliman. Kerana jiwa menjadi susah untuk berbuat adil.




15 - Ingatlah bahawa kesabaran itu akan menjadi penggugur dosa kita atau pengangkat darjat kita. Dan kita tidak akan dapat jika kita tidak bersabar dan membalas dendam.

16 - Ingatlah bahawa sabar dan tidak membalas adalah kebaikan yang akan melahirkan kebaikan yang lain, dan kebaikan itu akan melahirkan kebaikan lagi dan begitu seterusnya. Kerana diantara balasan kebaikan itu adalah kebaikan berikutnya.


[Disarikan dari risalah "Qaa`idatun fish shabri" Karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah -rahimahullah-, "Jaami'ul Masaa`il" vol. 1, hal. 177-181]

"Hidup terlalu singkat untuk membenci"

edited dan copy paste by me aka n_m