Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Tuesday, October 15, 2013

Running Muslim - Ulama'-

Alhamdulillah.. Setahun sudah berada di Universiti Ulama' Malaysia atau nama asalnya Universiti Utara Malaysia. Masuk Tahun 2.. bermakna 2 tahun lagi bakal meninggalkan UUM ini. selamanya atau sementara? Hanya Allah yang Tahu. Dalam kesibukan cuba juga mensibukkan diri dengan perkara-perkara yang insyaAllah manfaat buat diri dan orang lain. kalam syeikh Zainul Asri,

mafhumnya setiap manusia mempunyai 24 jam. tapi berkatnya waktu seseorang apabila dia mampu memenuhkan masanya dengan beribadah kepada Allah sedang yang lain sibuk tanpa sempat beribadah membaca quran dan sebagainya..

Semoga setiap sesuatu itu kerana Allah. kelalaian selalu menyebabkan kelupaan dan kealpaan diriku. Astaghfirullah.~

Running Muslim, suatu program yang agak tiba-tiba menjadikan diriku sebahagian daripada AJK. Anjuran DPP TNB, meskipun DPP ku DPP sebelah, jiran. Tamparan iman, getaran jiwa, apabila diminta menggantikan kakakku, yang mempunyai urusan lain untuk menjaga di Checkpoint, ULAMA'. Satu per Satu gambar ulama' ditunjuk..

"Siapa nie?" menguji.

#AsSyahid Imam Hassan Al Banna
#Syeikh Ramadhan AlButi
#Fathi Yakan
#Syeikh Yusuf AlQardhawi


"yang nie?" dicompare dengan artis Malaysia

Mana yang kita tahu? Mana yang lebih kita kenal? Muka saja tidak kenal, masakan latar belakangnya tahu pula. Sungguh! Bagaimana mengingatkan yang lain sedang diri ini turut kurang mengenali para ulama'.??? Kami study dan hafal nama ulama'-ulama' tersebut sebagai persiapan untuk menyedarkan peserta dan pastinya juga diri ini. Kenal supaya cintakan ulama'. Ulama' pewaris Nabi.

tetapi, aku bangga dengan mu sahabat. Walaupun kamu semua tidak tahu hakikat umur ku berapa, semester ku berapa. Keinsafan mu menginsafkan ku. Engkau memandangku seolah tahu semua ulama' didunia ini, kau memandangku membaca semua kitab para ulama' ini. Dalam beribu warga UUM ini, kamu semua lah yang terpilih menghadiri porgram sebegini hebat dengan tarbiyyah nya. Dalam berpuluh kos di UUM, kamu semua yang bukannya background agama, apatah lagi mengambil jurusan agama, ada yang kenal ulama' lebih daripada ku, ada yang lebih tahu daripadaku. Keinsafan mu dalam tidak mengenali ulama' dan beberapa perkara lain yang didapati daripada checkpoint lainnya, menyebakkan hati ini. Syukur. Semoga hidayah itu milik kita semua.


Kita sering diuji dengan apa yang kita cakap. Allah,!




No comments:

Post a Comment