Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Sunday, February 27, 2011

-imtihan qobul-

Assalamualaikum warahmatullah wabaraatuh.... Insya Allah, esok (saat entri ini di tulis 27 Februari) kami, para pelajar Maahad STAM akan menghadapi imtihan qobul yang melayakkan diri kami untuk mengambil STAM selama 1 tahun @ 2 tahun. Jika gagal pastinya perlu mengambil 2 tahun. Hakikatnya kedua-duanya (sama ada 1 tahun @ 2 tahun) mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tetapi, lihatlah dimana rezeki kita. Lagipun, sahabat-sahabat belum tentu semuanya stay untuk STAM, tetapi insyaAllah, cubalah dan tuntutlah ilmu di mana sahaja.

Isnin 28/2/2011 : Hadis & Mustholah
Al-Quran dan Tajwid

p/s : Doakan kami semua ya?

Saturday, February 19, 2011

Maahad STAM best !!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan untuk mengisi ruang disini. Hakikatnya, wujud kemalasan dalam diri ini, tetapi digagahkan juga untuk mengelakkan ianya daripada berhabuk dan bersarang akibat tiada update.

Sedikit cerita ingin ana kongsi bersama di sini, di blog ini, tentang diri ana, setelah hampir 2 bulan di Maahad Ahmadi STAM. Segalanya best dan amat ana sukai. Ana di kelas Senawi 3 Khadijah @ Muaz (kenapa ada 2 nama? kerana terdapat pertukaran), ana duduk di tepi tingkap yang lompong (tiada tingkap), hadapan musolla dan ana berada di barisan paling hadapan dalam kelas. Ok, ana ceritakan sedikit mengenai Maahad Ahmadi STAM (MAS), Kita bermula daripada para pentadbirnya:-

# Okey, Mudir @ penyelia STAM, sangat baik, caring dan macam-macam lagi... Ustaz Idris, Muhadhir Nahu & Sarf... Tenaga pengajar yang sangat baik, selalu bermain dengan bahasa sehingga terjadinya kes lambat faham dalam kalangan sahabat-sahabat, tapi, sejak akhir-akhir ini, kami di Senawi 3 Khadijah @ Muaz agak 'pick up' dengan kata-kata Ustaz Idris. yeah! Tahniah..

# Ustaz Nasir, Muhadhir Nizom, guru disiplin yang sangat tegas, tetapi sangat baik, maher dalam membaca kitab, mengajar Alquran dan tajwid dan Tafsir....(tetapi, ana sering juga mengalami 'pendarahan otak' yang serius dalam kuliah ustaz, maaf ustaz)

# Setiausaha STAM, Ustaz Taufik, mengajar Fiqh, seorang yang sangat memahami anak muridnya, sanggup berkorban demi MAS sehingga sering duduk di MAS untuk memastikan segalanya tiada masalah, sangat caring dan baik hati, maher dalam bidang teknikal, segala masalah dapat diselesaikan olehnya, insyaAllah... Syukran Ustaz. (baru sahaja mendapat cahaya mata yang ke-2, Ayatul Husna, merangkap adik Fatih, Tahniah ustaz dan ustazah)

# Warden MAS, Ustaz Nizam...Ustaz yang sangat baik, lembut dan sempoi. Amat sabar melayan kerenah anak-anak muridnya, mengajar subjek Mutholaah dan Insyak...

#Ustaz Adenan, Muhadhir Faraid dan Arudh, tegas dan juga sangat sabar melayan kerenah anak muridnya, sempoi, agak up to date ( teruja melihat ustaz menggunakan laptop yang touch screen dan boleh pusing-pusing, hebat ustaz!!!)

#Ustaz Roikhan, mengajar subjek Mantiq (setakat ini, ana dan majoriti sahabat masih belum cukup memahami madah ni, tetapi kami tetap akan belajar) ustaz ada memesan bahawa Mantiq ni, kita akan betul-betul faham setelah habis mempelajarinya. Ustaz juga akan mengajar Tauhid, menggantikan Ustaz Mohamad Ibrahim yang telah menjadi guru sepenuhnya di Maahad Atas.

# Ustaz Mohamad Ibrahim, mengajar Tauhid, dan telah ditukarkan. tetapi, sangat best belajar dengan ustaz, yang suka bergurau, tegas dalam pembelajaran. Syukran ustaz, ala kulli hal, (teringat ali "kacau la")

# Ustaz Khedr, mengajar tarikh adab dan nusus, best juga, sangat baik, ustaz selalu membuat lawak dan mengajar kami berfikir tentang sesuatu persoalan. (muka ustaz serupa dengan Maher Zain, ustaz pernah berkata "Maher Zain itu adik ustaz @ kembar")

# Ustaz Ezzaddin, mengajar Hadis dan Mustholah, sangat tegas, beradab dalam menyampaikan pengajaran, memilki ilmu hadis yang luas. (Kasihan ustaz kerana sering kehausan ketika mengajar, air mineral bekalan kami sudah habis sehingga ustaz mengambil jug air di Mat'am dan di bawa ke kelas, maaf ya ustaz) Namun, selepas ini akan ditukarkan kepada Ustaz Taufik kerana ustaz akan mengajar di atas.

# Ustazah Ismariah, kalau ikut jadual lama kelas 3 Khadijah @ Muaz, ustazah adalah satu-satunya Muhadirah yang mengajar kami. Pengorbanan ustazah cukup besar, kerana sepatutnya ustazah mengajar di universiti sebagai pensyarah, namun atas dasar sayangkan anak-anak Maahad ini, ustazah tetap setia di Maahad, namun ditakdirkan ustazah dipindahkan ke sekolah lain, ia merupakan satu kehilangan yang besar buat MANS dan MAS, kerana ustazah sudah lama mengajar di sini. (khabarnya surat pertukaran tidak sampai lagi, moga-moga tidak jadilah perpindahan tersebut), ustazah sangat baik, kami semua sedih tatkala ustazah juga sedih meninggalkan Bumi Tarbiyah ini, sehingga ustazah menitiskan air mata di kelas 3 kahdijah @ Muaz.

Berikut adalah Muhadhir yang tidak mengajar di kelas 3 Khadijah @ Muaz tetapi mengajar di MAS.

# Ustazah Zakiah, ustazah Al-Quran, seorang hafizah, sangat baik, sering memberi nasihat, penyayang, berkorban datang pada hujung minggu untuk tasmik sahabat kelas 3 Aisyah dan 3 Ibn Abbas. (pernah solat dhuha bersama ustazah di Maktabah)

# Warden Muslimat, Ustazah Aishah, bekas AhmadiaNS, baru sahaja pulang daripada Mesir setelah tamat, sangat tegas dan caring, baik hati dan sempoi je. (ustazah baru saja bertunang dalam tak sampai seminggu dan bakal walimah dalam masa terdekat, tahniah!!!)

# Ustaz Hilmy, mengajar tafsir, sangat sempoi, baik, juga bekas AhmadiaNS bersama Ustaz Taufik, satu batch dengan Acik Mariah ( makcik ana)


p/s : Setakat entri ini ditulis, jadual kelas 3 Khadijah @ Muaz masih belum bertukar. Ada lagi tidak yang ana tertinggal??? remind me please!!!

Sunday, February 6, 2011

Akhwat Sejati..

Akhwat Sejati..

Bukanlah dilihat dari wajahnya yang manis dan menawan tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang disekitarnya. Pantang baginya membuka aurat dan mempamerkan kepada sesiapa pun kecuali kepada mahramnya. Dia sentiasa menguatkan iltizam dan azamnya dalam berghaddul basar (menundukkan pandangan) dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.

Akhwat sejati..

Bukanlah dilihat daripada suaranyan yang lembut dan mempesona, tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang menjaga lisan daripada ghibah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia memahami dan merasakan betul bahawa Allah sentiasa mengawasi segala tindak tanduknya.




Fi Qalbi 'Amik : moga2 ini menjadi peringatan buat diri kita bersama. Andai yang penulis ini salah dan lalai, tegurlah daku. Wahai sahabat..sesungguhnya aku menyayangi mu kerana Allah.. Ini sahajalah yang mampu ku berikan buatmu. Tiada hadiah yang besar, hebat dan mahal. Tiada kad ucapan atau mesej yang berbunga. Moga2 ini bermanfaat buat diriku dan dirimu..