Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Wednesday, June 20, 2012

Seminar Keluarga Muslim 2012 Peringkat N.Sembilan





Kepada warga N.Sembilan seluruhnya, dan warga-warga sekitar, selamat menghadiri program ini" 

Seminar Keluarga Muslim 2012 Peringkat N.Sembilan

Anjuran :
1) Majlis Agama Islam N.Sembilan (MAINS)
2)Akademi Latihan Al-Fateh (A.L.A.F)
3)Nisa' Motivation Centre

Tarikh : 1 Julai 2012
Hari :Ahad
Masa : 8.00 - 6.00 petang

Sasaran Peserta :
1) Mereka yang sudah berumah tangga
2) Mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat
3) Mahasiswa-mahasiswi di universiti / kolej

Siapakah Panelis Seminar Ini:

1) Dato' Haji Mohd Yusof b. Hj Ahmad (Mufti N.Sembilan)
2) Dr.Zulkifli Mohd Al-Bakri (Penceramah IKIM.FM, penulis, penceramah bebas)
3) Us.Pahrol b. Mohd Juoi (Penceramah Motivasi, Penulis Terkenal)
4) Ust.Isfadiah b. Mohd Dasuki (Pensyarah UIA, Juri Rancangan Solehah TV Al-Hijrah)
5) En.Shamsudin Kadir ( Perunding Motivasi & Pakar Kewangan)
6) Ust.Azrul Azlan Iskandar ( Pensyarah USIM & Pakar kewangan)
7) En.Zuhairi Nopiah - Ateh Zuhairi ( Perunding Motivasi LUA)
8) Us. Khusyairi b. Hamdan ( Penceramah Radio N9, penceramah bebas)
9) Us.Khazri b. Othman ( Pensyarah UKM dan Penceramah bebas)
10) Ust.Siti Khadijah bt Abd Ghaffar ( Guru dan Pengamal Teknik Mendorong Cara Nabi)

Apakah yang akan dipelajari?

Kategori Komunikasi Suami Isteri
1) Teknik Komunikasi Suami Isteri Mengikut Panduan Quran & Hadis
2) Teknik Mengurut Ego Pasangan & Mentua/ Bakal Mentua
3) Teknik Mempengaruhi Pasangan Kaedah NLP

Kategori Kewangan
1) Teknik Menjadi Kaya Dengan Makan Gaji
2) Teknik Memilih Pinjaman Peribadi, Kenderaan dan Perumahan

Kategori Pendidikan Anak-Anak
1) Teknik Mendidik Anak di Awal Usia 1-7 tahun Mengikut Panduan Al-Quran & Hadith
2) Teknik Mendorong Anak Corot Mengikut Kaedah Nabi
3) Ibu Bapa Derhaka?

Bonus : Forum & Soal Jawab

Berapakah Yuran Program Ini?
1) RM 100 yuran asal
2) RM 50 jika mendaftar awal sebelum 26 Jun 2012
3) RM 90 jika mendaftar berpasangan

Bagaimana Mahu Mendaftar?

1) Sila masukkan RM50 ke Akaun CIMB 051-20000-776106 di atas nama Pusat Latihan Al-Fateh
2) Sila sms nama penuh, no.kad pengenalan, dan maklumat bayaran ke 019-3714035 atau 010-2414233
3) Sila tunggu pengesahan pendaftran daripada penganjur

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

1) Ust.Hawa ( 019-3714035) atau
2) Ust.Aina (010-2414233)


ANDA BERMINAT MENAJA, MENJADI PELABUR ATAU MENYUMBANG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI?
Sila hubungi En.Asri b. Jaafar (010-5708354)




Sunday, June 17, 2012

Ayah

Assalamualaikum... Sollu alan Nabi..Sollallahu A'laihi Wasallam..

haa!!lamo boto x update blog nie.. bz + maleh jgk bona eh..knpo plak speaking nogori lak kali nie?? xdo mkno eh, wpun dgelar n9 celop ko, apo ko, sey nie kojo kek sini ha, n9.. sjo yo speaking nogori nie. hehe..

Kali ni, ingin share sebuah kisah seorang ayah dan seorang anak perempuan yang masih tadika ketika itu.

Keluarga ini sebenarnya tidak lah terlalu susah dan tidaklah juga senang, namun kehidupan mereka sederhana dan mampu ditanggung oleh seorang ayah. Ketika itu,ayah ini bekerja di 2 syarikat surat khabar yang popular di Malaysia.Paginya kerja di syarikat pertama sehingga tengah hari kemudian sambung kerja di sebuah lagi syarikat sehingga malam. Alhamdulillah, kerja yang keras ayah ini mampu menanggung semuanya..

Pada suatu petang, dalam perjalanan ke sebuah destinasi, ayah ini menaiki motor bersama anak perempuannya itu. Pada pertengahan jalan, motornya mati, kehabisan minyak.Mujurlah ketika itu stesen minyak hanya 300 meter sahaja. Ayah itu pon menolak motor sambil anak perempuannya itu duduk di atas motor. Maka bertanyalah ayah kepada anaknya itu, " Duduk atas ye..?" anaknya tersenyum namun setelah beberapa minit sambil tersenyum ayahnya berkata lagi "x nak tolong ayah ke? nk tolong turunlah.."  anaknya senyum sambil berfikir-fikir dan berkata "xnak la".. "Ayah penatlah, boleh x kakak tolak motor ayah duduk.?" anaknya itu hanya tergelak dan dilihatnya ayah itu penat tetapi bersemangat. tidak lama kemudian sampailah mereka ke stesen minyak.

Anak perempuan itu kini sudah meningkat dewasa, jika teringat akan kisah ini pasti ada penyesalan dalam dirinya dan berkata pada diri sendiri, "kenapalah aku tidak turun dan tolak motor itu bersama ayah. Terasa "kurang ajar" ku ketika itu. Mengapa ayah pula yang tolak motor tetapi aku seperti tuan berada di atas motor"

Jadi marilah sama2 kita hayati dan ingati serta letakkan impian dan azam untuk terus berbakti dan membantu ayah dan ibu kita.


* diubahsuai oleh n_m.. tulisan kali nie agak kaku da lama xupdte kan

Pada 15 Jun yang lepas merupakan ulangtahun kelahiran bapaku (15 Jun 1964), da 48 tahun bapa ku.. "SELAMAT HARI LAHIR" selama 19 tahun, sebulan, 5 hari, aku dididik dan dijaga dibawah tanggungannya bersama 5 org adk bradik ku yg lain..

(Baru hari nie nak post? sbb xsempat, hari tu ada program,alhmdulillah, sempat wish..)


Wallahu A'lam..