Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Sunday, April 24, 2011

Kisah Maahad Ahmadi STAM.....





Na'am, ana uhibbu jiddan maahad stam



Assalamualaikum, salam ukhuwah, salam mahabbah...Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hidup lagi hari ini..Meneruskan pembelajaran dan kahidupan di Maahad Ahmadi STAM..




Biarpun dalam masa terdekat ini, memang kami semua amat sibuk.. Asatizah sedang membuat pecutan untuk menghabiskan silibus dan memastikan kami semua betul2 dapat menguasai pembelajaran, namun, itulah fitran si pejuang. Memang kami dibenarkan balik pada setiap minggu jika tiada kuliyyah, tetapi, dengan kebebasan itulah yang menyukarkan kami untuk pulang ke rumah terutama rumah jauh macam saya (selangor) dan majoriti sahabat2 saya pun daripada selangor... sedikit perkongsian tentang rutin harian kami di Maahad Ahmadi STAM..





Pic nie pic akak2 thn lepas, pic thn nie x sempat nak amek lg



7.40 pagi : Start Kuliyyah dalam 2, 3, 4 madah


10.40 pagi : Rehat dan Dhuha


10.50 pagi : Kuliyyah bermula untuk sesi ke2, dalam 3, 4 madah


2.00 petang : Tamat kuliyyah, Zohor, Makan Tengah hari, Qoilulah


3.00 petang : Kuliyyah 1


5.00 petang : Asar, Riadhah, Kendiri


8.00/9.00 malam : Kuliyyah (jika ada)

Begitulah rutin harian kami Isnin hingga Jumaat... Sabtu jika ada kuliyyah, dan Ahad adalah cuti. Ya, saya mengakui sangat sibuk tetapi masih sempat jaulah internet..:)







Jalan ke Kampung Asahan, tempat kami selalu jogging petang2..

Terlalu banyak label yang diberi kepada Maahad STAM nie, boleh jadi Pra-Universiti, Kolej, Universiti, dan yang paling biasa di dengar adalah SEKOLAH.. hakikatnya Maahad Stam ini memang sekolah tetapi tarafnya sama seperti Pra-Universiti, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang kami bakal tempuhi ini pun tarafnya seperti Diploma, so, lepas keluar maahad kami akan terus masuk ke tahun satu, ijazah, insyaAllah.. Thats why, saya cakap saya masih budak sekolah...




Madah STAM (Hifz Al-Quran wa Tajwid, Hadis wa Mustholah, Balaghah, Nahu wa Sarf, Tarikh Adab wa Nusus. Tauhid wa Mantiq, Feqh wa Mirath, Arudh wa Qofiah, Insya' wa Mutholaah dan Tafsir wa Ulum)




Taraf STAM yang paling tinggi pulak adalah Mumtaz Sofi, selepas Mumtaz... Bagi saya la, kalau sesiapa yang dapat MUMTAZ SOFI nie, memang dah hampir sangat2 macam ULAMA', memang tabik spring la... Memang hebat la siapa dapat Mumtaz Sofi ni...




Semalam, ada Hari Anugerah Cemerlang di Maahad Atas ( maahad ahmadi yang sebenarnya la, yang maahad stam nie cabang je ) Memang kalau selalu ada event besar, kami pelajar Maahad STAM kena naik melintasi jalan raya besar, jalan inilah yang ada dalam peta, walaupun orang selalu kata Gemencheh nie corok tetapi Gemencheh adalah tengah2 jalan antara Tampin dan Gemas, kira laluan utama jugakla...Memang selalu sibuk sangat jalan nie, sampaikan dalam 2 hari, ada 2 accident Alhamdulillah la, pelajar maahad tidak terlibat.. nak katakan hampir selalu juga la berlaku accident, kereta pun laju-laju sahaja, lori besar2..




Nie jalan selepas kawasan Maahad




Ok, sebenarnya nak cer pasal Anugerah Kecemerlangan semalam...Setelah 5 tahun study kat maahad nie, inilah Pertama Kali saya dapat anugerah akademik, setelah berusaha ketika SPM lalu, Alhamdulillah, saya dan kawan2 berjaya...




Antara sahabat-sahabat yang berjaya


syah san, fatin amalina, fatin raihan



dengan Budak 10 A...panggil die GiGi (tudung Hijau)



p/s : pic2 maahad stam di atas adalah yang tahun lepas punya, copy dari fb akak2.. tapi pic2 graduasi adalah yang terbaru...






Sunday, April 3, 2011

Hakikat by Durrani



Pabila terasa di awasi tuhan
rasa berdosa setiap masa
rasa hina diri dengan tuhan
rasa bersyukur dengan nikmatNya

jiwa derita dengan dosa
hati rasa kurang amal padaNya
itulah hakikat sifat kehambaan
bahagia..

Allah ya Allah…
mukmin sejati sentiasa waspada
dari dosa tanpa sengaja
apatah lagi dosa yang nyata
umpama gunung jatuh pada Nya
segala galanya untuk tuhanNya

jiwa derita dengan dosa
hati rasa kurang amal padanya
itulah hakikat sifat kehambaan
bahagia..

Allah ya Allah…
gerak laku bertambah kaku
lantaran nafsu yang telah jemu
namun diriku bertambah malu
padaMu ya rabbi
yang miliki ciptaan nafsu