Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Friday, December 23, 2011

Teguran anda, kegembiraan saya

Assalamualaikum...

setelah sekian lama blog ini tidak dihiasi dengan kata-kata tulus dan telus si penulis,

insyaAllah, kesempatan ini, penulis akan menulis sesuatu dari hati dan dirinya tetapi untuk semua..



Hobi saya adalah berfikir.. Berfikir dan terus berfikir..

Kadang-kadang sehingga tertidur,

kadang-kadang sekadar berfikir tanpa usaha atau pelaksanaan,

kadang-kadang berfikir mampu untuk membuahkan idea yang bernas,

kadang-kadang berfikir tidak mampu untuk diluahkan melalui penulisan dan percakapan,

tetapi kadang-kadang juga ia mampu membuatkan orang lain berfikir sama melalui penulisan dan percakapan serta tindakan

Apa yang ingin disampaikan dalam entri kali ini...?

Pastinya sudah puas juga saya berfikir mengenai ini.. " teguran " atau erti kata lain, komentar atau kritikan...





Mengapa ya??

Selama ini, saya rasa sangat-sangat kurang ditegur oleh sesiapa pun..

Mengapa ya ini terjadi..? Adakah betul semua tindakan, cara, percakapan dan penulisan saya..?

Itu yang akan saya terfikir apabila tiada siapa yang menegurku..

Ataupun saya seorang yang sukar menerima teguran.? haha..

Jika itu jawapan anda, ingin sekali saya jelaskan, bahawa saya seorang yang jujur..

Bukan untuk memuji atau mengangkat diri sendiri tetapi,

saya sendiri tidak mampu untuk menyembunyikan segala perasaanku melalui reaksi muka saya ini..

Mungkin melalui percakapan atau perbuatan saya dapat membohongi sesiapa pun, namun, reaksi muka saya sungguh tidak mampu aku mengawalnya..


Bagaimana untuk saya terima andai cara anda menegur tidak saya sedari atau anda hanya berkata belakang atau anda tidak slow talk dengan saya..??




"Teguran anda, kebahagiaan saya"

Mengapa saya berkata begitu..? yalah, setiap orang apabila menerima sesuatu yang disukainya tetapi tidak biasa diterima, akan merasainya begitu...




Apabila anda menegur saya, tanggungjawab anda juga untuk memastikan saya akan berubah selepas itu..


kenapa pula?? kerana, saya juga mengalami masalah kelupaan yang serius. Saya begitu cepat terlupa sesuatu yang anda katakan JIKA anda tidak memberitahu


"syahirah, aku nak tegur nie" atau

"ana nak ckp sikit kat enti" atau

apa-apa keyword yang dapat menyedarkan saya,

"owh, beliau, dia atau sesiapa saja sedang menegur saya"


Berilah tahu saya bahawa anda sedang menegur..

selepas itu saya akan mengupdate teguran anda itu bersama anda.

"yang mana perlu diubah?"

"saya dah berubah belum?"


atau


saya akan berfikir akan kata-kata anda dan pertimbangkan


Harapan


saya amat berharap agar anda menegur saya atas segala kelakuan, kesilapan, kesalahan, kekhilafan saya..

JANGAN

sehingga saya tersedar kesalahan saya sendiri dan saya juga tahu bahawa anda juga tahu tetapi tidak menegur saya, malahan berkata dibelakang saya..

KERANA

ketika itulah saya akan mengalirkan butir-butir permata melalui kedua mata saya ini.. Saya akan menangis kehinaan, saya akan berasa benar-benar teruk dan jahat kerana anda tahu saya salah tetapi tidak menegur saya.. saya akan betul-betul jatuh ketika itu..


Jadi tolonglah tegur saya ya..?


Kaunter Teguran sentiasa terbuka !!!


Buat semua kenalan, yang pernah berusrah dengan saya, kumpulan yang saya pimpin, yang pernah berhubung dengan saya, yang pernah menjadi adik group ketika program dengan saya dan semua nya.. Tegur la saya..



Teguran yang Membina
Kadang-kadang teguran orang membuat kita dari tak elok, jadi elok. Dari buruk, jadi baik. Dari gemuk, jadi kurus..



> Terima kasih buat sahabat-sahabat yang tak putus membantu dan menegur saya...

Wednesday, December 7, 2011

rindu kepada makhluk Allah~


Assalamualaikum..
mmg berhantu da blog nie x diupdate (kata aqilah)... Update ku kali nie nak kongsi gambar saja.. Mood untuk menulis belum lagi hadir sejak beberapa bulan nie. Biasalah, bz sket.. Ha... ku hidangkan gambar2 di bawah.


"sebuah gambar mampu memberi berjuta makna dan tafsiran..


Lai..Lai..!!


ketika bersiar2 di PD bersama usrati



ana mushtaq alaikunna jiddan.. wa madrasati..!!


Asatizah Maahad STAM yang byk berjasa buat kmi semua.. jasa kalian amat besar buat kami..

(kesungguhan mereka mendidik amat bermakna)




My beloved friend, aqilah@akumencarikasihNya

semua orang kenal die.. haha, knp??

TerBaek..!!
bersama di MANS selama 6 tahun...


(tiada gmbar)
Nie izzy eyan.. gambar nie time SPM sje edit.. die pon 5 tahun setengah bulan bersama di MANS

Terbaek!!





Kawan dorm ku.. bilik 3.4

(dari kanan : anisah di mesr, atiqah di SHAMS)



Nie cik Beh !!!(kiri) lama xdgr brite die.. comel kan..?

kanan tu nadia.. baru kenal di Maahad STAM thn nie.. Rajin tu..


Madrasati mahbubah..! rindu sgt2..

yg bawah tu kelas..ku duduk di tepi tgkap.. tarbaek py tpt..

tpt nie jgk memasyhurkanku dgn masalah tidur ku.. hehe


HB..!!


uhibbukum fiLLah...!!!


JGN HIDUP dalam kenangan saja.. Byk perkara lain yg perlu difikirkan..

(utk diri sendiri)

Saturday, November 5, 2011

sekian lama...


Assalamualaikum...apa khabar semua?? semoga anda zuhud dan bahagia hendaknya..

sekian lama blog ini tidak di update. kerana ada yg lebih utama untuk di fokuskan.. lihat lah aktiviti sepanjang ketidak'update' an saya... lets view !

JAMUAN RAYA DAN BACAAN YAASIN

Farahin, Fazlina, Fazliana
(adik beradik happening)

Ain Amaliena, Teacher Wan Diana, Affiza, Aqilah
( Lama x jmpe teacher)

Ain, Fatin, Adilah
(adik2 SPM 2011 )

Aqilah, kakak Dina
( geng )

Affiza , Faraain
( best friend )

RIADHAH ASPURI

Pagi yang Indah

Sedia !
(sempat posing )

Persiapan Akhir Menjelang STAM 2011

Tekun dan Khusyuk

Ceria tapi Berdebar


Corat- Coret sebelum STAM




Sunday, August 28, 2011

Ramadhan Terakhir di Maahad STAM !

di suatu petang Ramdhan pertama...

Muraja'ah bil Jidd... li nuwajjah imtihan

Trial ...!!! Hal Musta'iddun??

Muzakkirah Al-Feqh...

Muraja'ah Balaghah ma'a asdiqo'i
(Al-Yamin, Anisah satazhab ila Mesr :( Ma'an Najah)

Tadarrus fi Ramadhan

Muraja'ah FilLeil

Hayya bin Nahwi...

Ifthor Jamaie ma'a Asatizah Ahmadi
(makan kambing lg)

Ifthor

Man ??? Mujahidah fil Islam.....Ayatul Husna
Bintun Syeikh Taufik

Mujahid Islam fi al-Asr Al-Fatih
Ibn Syeikh Taufik aidhon
( Mood x brape baik)

Majlis Khatam Quran Peringkat Maahad STAM wa Salam Lebaran

Qobla narji' ila baitina.... Eid Mubarak !!!

teringat kata2 Mak Mah@Normah : "sok sahur jgn x sahur lg 23 hari je lagi nak sahur kek sini !"

p/s : Ba'da eid, sanuwajjih imtihan PASCA.... Ud'u alaina... :)

Salam Lebaran .... Maaf Zahir Batin !!!

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan El- Mubarak

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


p/s : bagaimana harapan trhdp ramadhan didalam lagu ini begitu juga harapan ku utk ramadhan ku... Mohon maaf kepada semua sempena Ramadhan Kareem ini...

Monday, May 30, 2011

MuRaBBi KaMi


Hari ini, saat ini,
Hati kita telah diikat,
Dengan sebuah ikatan yang kita sendiri tidak nampak,

Hati kita telah berpaut,
Dengan sebuah pautan,
yang kita sendiri kita tidak sedar,
Inilah hasilnya,
Setelah kau meletakkan IKHLASMU
Dalam memegang hati-hati kami,
Sungguhpun kau akan pergi,
Pergimu sangat beerti,
Meninggalkan kami dengan janji Ilahi,
Perjuangan yang hakiki,
Perlunya kami teruskan lagi,
Lahirnya kesedaran

itu darimu,
Semenjak kau bergelar guru,
Guru di Maahad Ahmadi,
Yang disamping menjadi murabbi kami,
Kau tinggalkan kami setelah KPT,
Setelah semuanya memegang janji,

Anak-anak ini masih meniti,
Sebuah kehidupan yang baru dikenali,
Dunia Jemaah, dunia dakwah,
dunia IPT, Dunia Universiti,
Biarpun kesedihan melanda hati-hati kami
murabbi kami : Siti Khajar binti Kamil dan anaknya Aiman Al-Fateh

Perginya engkau seorang MURABBI,
Perjuangan harus diteruskan lagi,
Bangkitlah Islam, Bangkitlah Ahmadi,
Semoga kau menjadi MURABBI SEJATI,
dan semoga kita thabat di jalan ini.....
Pemergianmu amat beerti

nukilan : nur_malam
disampaikan oleh : Aku Mencari KasihNya
26 Mei 2011




program pertama mu di maahad bersama kami batch spm '10
terindah~

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Umi ! ! !


Umi , Hapipah binti Nordin
Sayang Umi !

Yang berjaya anak umi, yang gagal juga anak umi
Yang malas anak umi, yang rajin juga anak umi
Tetap anak umi !
Terima kasih atas segalanya...
Maaf juga atas segalanya....
Luv you Forever !


Sunday, April 24, 2011

Kisah Maahad Ahmadi STAM.....





Na'am, ana uhibbu jiddan maahad stam



Assalamualaikum, salam ukhuwah, salam mahabbah...Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hidup lagi hari ini..Meneruskan pembelajaran dan kahidupan di Maahad Ahmadi STAM..




Biarpun dalam masa terdekat ini, memang kami semua amat sibuk.. Asatizah sedang membuat pecutan untuk menghabiskan silibus dan memastikan kami semua betul2 dapat menguasai pembelajaran, namun, itulah fitran si pejuang. Memang kami dibenarkan balik pada setiap minggu jika tiada kuliyyah, tetapi, dengan kebebasan itulah yang menyukarkan kami untuk pulang ke rumah terutama rumah jauh macam saya (selangor) dan majoriti sahabat2 saya pun daripada selangor... sedikit perkongsian tentang rutin harian kami di Maahad Ahmadi STAM..





Pic nie pic akak2 thn lepas, pic thn nie x sempat nak amek lg



7.40 pagi : Start Kuliyyah dalam 2, 3, 4 madah


10.40 pagi : Rehat dan Dhuha


10.50 pagi : Kuliyyah bermula untuk sesi ke2, dalam 3, 4 madah


2.00 petang : Tamat kuliyyah, Zohor, Makan Tengah hari, Qoilulah


3.00 petang : Kuliyyah 1


5.00 petang : Asar, Riadhah, Kendiri


8.00/9.00 malam : Kuliyyah (jika ada)

Begitulah rutin harian kami Isnin hingga Jumaat... Sabtu jika ada kuliyyah, dan Ahad adalah cuti. Ya, saya mengakui sangat sibuk tetapi masih sempat jaulah internet..:)







Jalan ke Kampung Asahan, tempat kami selalu jogging petang2..

Terlalu banyak label yang diberi kepada Maahad STAM nie, boleh jadi Pra-Universiti, Kolej, Universiti, dan yang paling biasa di dengar adalah SEKOLAH.. hakikatnya Maahad Stam ini memang sekolah tetapi tarafnya sama seperti Pra-Universiti, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang kami bakal tempuhi ini pun tarafnya seperti Diploma, so, lepas keluar maahad kami akan terus masuk ke tahun satu, ijazah, insyaAllah.. Thats why, saya cakap saya masih budak sekolah...




Madah STAM (Hifz Al-Quran wa Tajwid, Hadis wa Mustholah, Balaghah, Nahu wa Sarf, Tarikh Adab wa Nusus. Tauhid wa Mantiq, Feqh wa Mirath, Arudh wa Qofiah, Insya' wa Mutholaah dan Tafsir wa Ulum)




Taraf STAM yang paling tinggi pulak adalah Mumtaz Sofi, selepas Mumtaz... Bagi saya la, kalau sesiapa yang dapat MUMTAZ SOFI nie, memang dah hampir sangat2 macam ULAMA', memang tabik spring la... Memang hebat la siapa dapat Mumtaz Sofi ni...




Semalam, ada Hari Anugerah Cemerlang di Maahad Atas ( maahad ahmadi yang sebenarnya la, yang maahad stam nie cabang je ) Memang kalau selalu ada event besar, kami pelajar Maahad STAM kena naik melintasi jalan raya besar, jalan inilah yang ada dalam peta, walaupun orang selalu kata Gemencheh nie corok tetapi Gemencheh adalah tengah2 jalan antara Tampin dan Gemas, kira laluan utama jugakla...Memang selalu sibuk sangat jalan nie, sampaikan dalam 2 hari, ada 2 accident Alhamdulillah la, pelajar maahad tidak terlibat.. nak katakan hampir selalu juga la berlaku accident, kereta pun laju-laju sahaja, lori besar2..




Nie jalan selepas kawasan Maahad




Ok, sebenarnya nak cer pasal Anugerah Kecemerlangan semalam...Setelah 5 tahun study kat maahad nie, inilah Pertama Kali saya dapat anugerah akademik, setelah berusaha ketika SPM lalu, Alhamdulillah, saya dan kawan2 berjaya...




Antara sahabat-sahabat yang berjaya


syah san, fatin amalina, fatin raihan



dengan Budak 10 A...panggil die GiGi (tudung Hijau)



p/s : pic2 maahad stam di atas adalah yang tahun lepas punya, copy dari fb akak2.. tapi pic2 graduasi adalah yang terbaru...