Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Tuesday, January 4, 2011

Kenali mereka...

Memori indah, barisan pendokong Pementasan Konserto Terakhir daripada kalangan Senawi 2 Abu Bakr (lama).

Salam Ukhuwwah, salam sayang, salam rindu buat teman-teman semua. Kali ini ana akan menceritakan tentang sahabat-sahabat seperjuangan yang lain pula. Jika sebelum ini, Khadijah, kali ini, kita akan mengenali A'inaa pula.

A'inaa :
















-Nur A'inaa binti Muhammad Diah (Ainaa, Na, Nur Syifa')
-tinggal di Sg Buloh, Selangor.
-Lahir pada bulan APRIL, 93.
-Masuk ke Maahad pada 16 Januari (sama seperti yang lain.)
-Pernah memegang jawatan sebagai seorang BPP selama 3 tahun (semenjak e'dadi 3), Penolong Ketua Umum 2010, Exco Sponsor dan Perhubungan Luar The Plight of Palestine (TPOP), BADAR dan beberapa jawatan lain.
-Seorang yang sangat tegas, pandai, bertanggungjawab, garang (hehehe), amat pantang jika namanya tersalah dan amat teliti dan pentingkan kesempurnaan.
-Pengalaman manis bersama antaranya : pergi ke lawatan Perak 2007, bersama-sama berjuang membuat program TPOP dan menyiapkan artikel BADAR dan cepat gaduh cepat baik bersama penulis :-) dan yang utama, bersama-sama pulang menaiki KTM setiap kali balik dari asrama.
-Pandangan penulis terhadap A'inaa : seorang yang sangat mementingkan persahabatan dan sangat teliti terhadap kerja yang dibuat, agak garang, sangat pandai dan professional dan sangat baik hati. Keep it up my friend!!!

Next is...

Aqilah :


-Aqilah binti Mohd Fuad (aQill, Qila, Killer, aKu MenCari KasihNya)
-tinggal di Shah Alam, Selangor.
-lahir pada bulan DISEMBER, 93.
-Masuk ke Maahad pada 16 Januari (sama seperti yang lain.)
- Pernah memegang jawatan sebagai penolong ketua kebersihan kelas, seorang Naqibah, Penolng ketua Kadet Pertahanan Awam (KPA), Exco Promosi dan Publisiti The Plight of Palestine (TPOP).
-bercita-cita menjadi kaunselor yang hebat.
-seorang yang sangat kreatif, kelakar, agak bising dan sangat memahami, pemurah, suka memasak dan sensitif.
-Pengalaman manis bersama antaranya :tinggal di tingkat 3 dan bersebelahan dorm selama 4 tahun, sama-sama AJK Dewan Ibn Sina ketika E'dadi 2 dan 3, membuat kerja-kerja jahat ketika e'dadi 2 dan 3 (rahsia), bersama-sama menjayakan program TPOP.
-Pandangan penulis terhadap Aqilah : sangat memahami, banyak menyimpan rahsia semua orang, agak bising serta peramah, boleh masuk dengan segala jenis manusia, dan sangat baik hati dan pemurah, kita kawan kan...

Ba'da...

Izyan :

-Nur Izyan Syahirah binti Mohammad Jeffree (izyan, yan)
-tinggal di Shah Alam, Selangor.
-Lahir pada bulan MAC, 93
-Masuk ke Maahad pada 16 Januari (sama seperti yang lain.)
-Penah memegang jawatan sebagai penolong ketua keceriaan, ketua dorm, AJK kebersihan aspuri dan lain-lain jawatan.
-Seorang yang sangat sempoi, kelakar, baik hati, sensitif.
-pengalaman manis bersama antaranya : tinggal di tingkat 3 dan bersebelahan dorm selama 4 tahun, bersama-sama menjadi sahabat baik dan berkongsi rahsia suka dan duka terutama ketika e'dadi 2 dan 3 serta senawi 1 dan bersama merancang serta melakukan aktiviti jahat bersama Aqilah ketika e'dadi 2 dan 3..
-Pandangan penulis terhadap Izyan : sangat best berkawan dengannya, sangat baik, banyak memori bersama, sangat suka berkawan ngan kau, yan. Your the best!!!

memori bersama ketika program KISS (pic agak besar, x nampak semua)

Sunday, January 2, 2011

Fi Qalbi A'mik..

sahabat seperjuangan selama 5 tahun (o6-10)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Kaif halukum??? Saat diri ini menulis post untuk kali ini, hanya tinggal seminggu lagi ana akan pulang ke Maahad Ahmadi tetapi kali ini amat lain buat diriku dan teman seangkatan dengan ku kerana ana akan pulang ke Maahad Ahmadi versi STAM. Mendebarkan juga, untuk menuntut ilmu Allah ini, ilmu agama fardhu ain dan kifayah, semakin berat juga terasa pada diri ini. Pesan seorang ukhti lepasan Maahad STAM juga, "langkah ini adalah suatu platform sebelum berelar ulama'". Memang betul-betul menggetarkan jiwa ini. Walaupun dimana sahaja sahabat-sahabat akan berada, di Morocco atau di Jordan atau bakal ke Mesir atau pun PLKN dan walaupun di IPT tempatan, semuanya masih menuju ke suatu matlamat yang sama dan tugas sebagai seorang khalifah (bi ma'na : Niabah an Rasul fi iqamah ad-din wa siasah ad dunia bihi : pengganti kepada Rasul dalam urusan mendirikan agama dan membangunkan dunia dengan agama) tetap perlu digalas bersama. Bersama dalam satu jamaah, dalam satu soff. Umar al-Khattab pernah berkata, "La Islama Illa Bil Jamaah" (tiada Islam melainkan dengan beramai-ramai dan bersama-sama)

Namun, disini ingin sekali ku ceritakan sedikit sebanyak tentang sahabat-sahabatku yang bersama-sama dalam perjuangan ku menuntut ilmu di Maahad Ahmadi. Kenali dia...

Khadijah
-Siti Khadijah binti Azmin (diejah, cadish, cat dan berbagai lagi nama)
-tinggal di Puchong, Selangor.
-Lahir pada bulan MAC, 93.
-Masuk ke Maahad lewat sedikit berbanding yang lain(bulan Ogos, 2006), berpindah daripada Maahad Muhammadi Lil Banat, Kelantan.
-Pernah memegang jawatan sebagai seorang BPP selama 3 tahun (semenjak e'dadi 3), ketua Asrama 2010, Naib Presiden The Plight of Palestine, BADAR dan beberapa jawatan lain.
-Seorang yang agak gila-gila, sempoi, layan, sangat tegas, sangat bersemangat dengan isu Palestin, sungguh Qanaah, cintakan ilmu agama, bertanggungjawab.
-Pengalaman manis bersama antaranya : bersama-sama berjuang membuat program TPOP sehingga naik pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan beberapa sahabat yang lain dan selalu bersama-sama buka pintu pagar aspuri time subuh je laa sebab time lain memang dah buka... (semasa SPM tinggal di Maahad)
-Pandangan penulis kepada Khadijah : seorang yang sangat cekal, sukar melihat dia menangis melainkan 2 kali sahaja selama berkenalan. (pertama ketika meluahkan masalah peribadi dan kedua ketika menyampaikan ucapan terakhir TPOP) dan seorang kakak yang hebat.

Diejah, syera dan miera : Orang Selangor balik mans untuk program TPOP 2010

p/s: Syera sayang diejah..dijah selalu ingatkan syera pasal iman dalam diri ini. Syukran Jazilan Jazakallah...All the best dunia akhirat diejah ye.. dan kawan2 lain, bakal menyusul ya?? insya ALLAH..