Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Tuesday, January 24, 2012

Januari 2012


 Assalamualaikum... setelah sekian lama, kini kesempatan untuk meng'update' blog ini tiba jua. Kali ini, entri ini ingin saya kongsikan kehidupan baru saya setelah masuknya ke tahun 2012.

Alhamdulillah, saya dan khadijah ditawarkan untuk bekerja sebagai Pegawai Operasi dan Pemasaran di Al-Faliheen Management, sebuah konsultan yang rasanya tidak asing di bumi Negeri Sembilan. Namun, seperti biasa di tempat-tempat kerja lain juga, perlu hadiri temu duga. Alhamdulillah, ditemuduga dan melaporkan diri di AFM pada 3 Januari. Kini, kami menetap di Bandar Sri Sendayan, Nusari Bayu 1.


Ketika sesi temuduga

Khadijah @ deej



Aiman Al-Fateh ibn Mohd Fahri dan Kak Aja ketika dimasukkan ke wad
 Disamping kami bekerja pejabat di AFM, kami juga turut menjadi Ustazah untuk Akademik Latihan Al-Fateh (ALAF) yang beroperasi di tempat yang sama untuk mengajar mengaji dan membimbing dalam membuat kerja sekolah.

Antara anak-anak mengaji di ALAF
(anis, arni, jannah, fitri, idham, aiman)
 Disebabkan AFM adalah sebuah konsultan, pastinya AFM sering dipanggil untuk membuat program di sekolah-sekolah dan mana-mana institusi. Setakat bulan Januari ini, saya dan khadijah mengikuti pihak AFM untuk ke program Usrah Profesional (UP!) di Maahad Ahmadi (sekolahku) dan SHAMS serta Sentap di SMKBB Serting.

Che' Mat, master trainer di AFM menguji binaan peserta Maahad Ahmadi

Bersama zaujah Ustaz Taufik (penasihat Al-Amin MANS), Ustazah Suzi serta anak-anak hebat Ahmad al-Fatih dan Ayatul Husna


bersama sahabat-sahabat di SHAMS ketika program Up!

Sentap! di SMK Bandar Baru Serting

Hang-out bersama geng lama
(cik beh, n_m, deej, izzy eyan, akumencarikasihNya)
tiada dalam gambar SHY, dari jauh
mamam ye!
 Demikianlah sebuah perjalanan dalam kehidupan.. disebalik senyuman ada ceria, duka, sengsara. Disebalik tawa ada tangisan hiba. Disebalik kehidupan ada kerinduan yang tidak mampu diungkapkan. Sesingkat pertemuan menangkap memori indah dan tersimpan kemas dalam ingatan. Andai kau rebah, jatuh tersungkur, mengharapkan teman membangkitkan semangat, mge dapat ku berikan sedikit walau tidak seberapa. Andai aku pula mengalaminya, bantulah aku.. Disebalik kepayahan disitulah kekuatan.

Buat teman terindu : Qila, Yan, Fazz, Hajar, Nani, Cik Beh, Deej, Ainol, Miera, Tirah, Qus, Anis, Qaqa, Zdah, Affiza, Aimie, Ainaa, Ain Nasir, Ain Ama, Adnin, Atul, ShaJ, Nadia,  dan semuanya tidak mampu ku tulis disini, doakan kejayaan kita bersama. Doakan Candidate STAM Maahad Ahmadi 2011 Mumtaz semuanya. Ameen. Syukran ala husni qiraatikum.

p/s: Debaran kian terasa.. STAM 2011...