
Begitulah rutin harian kami Isnin hingga Jumaat... Sabtu jika ada kuliyyah, dan Ahad adalah cuti. Ya, saya mengakui sangat sibuk tetapi masih sempat jaulah internet..:)

Jalan ke Kampung Asahan, tempat kami selalu jogging petang2..
Terlalu banyak label yang diberi kepada Maahad STAM nie, boleh jadi Pra-Universiti, Kolej, Universiti, dan yang paling biasa di dengar adalah SEKOLAH.. hakikatnya Maahad Stam ini memang sekolah tetapi tarafnya sama seperti Pra-Universiti, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang kami bakal tempuhi ini pun tarafnya seperti Diploma, so, lepas keluar maahad kami akan terus masuk ke tahun satu, ijazah, insyaAllah.. Thats why, saya cakap saya masih budak sekolah...
Madah STAM (Hifz Al-Quran wa Tajwid, Hadis wa Mustholah, Balaghah, Nahu wa Sarf, Tarikh Adab wa Nusus. Tauhid wa Mantiq, Feqh wa Mirath, Arudh wa Qofiah, Insya' wa Mutholaah dan Tafsir wa Ulum)
Taraf STAM yang paling tinggi pulak adalah Mumtaz Sofi, selepas Mumtaz... Bagi saya la, kalau sesiapa yang dapat MUMTAZ SOFI nie, memang dah hampir sangat2 macam ULAMA', memang tabik spring la... Memang hebat la siapa dapat Mumtaz Sofi ni...
Semalam, ada Hari Anugerah Cemerlang di Maahad Atas ( maahad ahmadi yang sebenarnya la, yang maahad stam nie cabang je ) Memang kalau selalu ada event besar, kami pelajar Maahad STAM kena naik melintasi jalan raya besar, jalan inilah yang ada dalam peta, walaupun orang selalu kata Gemencheh nie corok tetapi Gemencheh adalah tengah2 jalan antara Tampin dan Gemas, kira laluan utama jugakla...Memang selalu sibuk sangat jalan nie, sampaikan dalam 2 hari, ada 2 accident Alhamdulillah la, pelajar maahad tidak terlibat.. nak katakan hampir selalu juga la berlaku accident, kereta pun laju-laju sahaja, lori besar2..
Nie jalan selepas kawasan Maahad
Ok, sebenarnya nak cer pasal Anugerah Kecemerlangan semalam...Setelah 5 tahun study kat maahad nie, inilah Pertama Kali saya dapat anugerah akademik, setelah berusaha ketika SPM lalu, Alhamdulillah, saya dan kawan2 berjaya...
Antara sahabat-sahabat yang berjaya
syah san, fatin amalina, fatin raihan
dengan Budak 10 A...panggil die GiGi (tudung Hijau)
p/s : pic2 maahad stam di atas adalah yang tahun lepas punya, copy dari fb akak2.. tapi pic2 graduasi adalah yang terbaru...