Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Wednesday, March 16, 2011

Spek Hitam Itu....

Assalamualaikum...sedikit perkongsian kali ini untuk saya menceritakan sesuatu.. Sesuatu yang telah berlaku kepada saya berkenaan dengan spek hitam.. Let's check it out!

Kempunan..(hehehe ;-)

Semasa perkampungan pelajar SPM di Maahad (hanya Senawi 2 sahaja yang berada di Maahad untuk menghadapi SPM) terdapat pelbagai perasaan yang melanda dalam erti kata lain teringin @ kempunan untuk sesuatu. Sahabat sebilikku yang comel, berhajatkan makanan, ada juga berhajatkan menonton cerita filem @ drama dan ada juga berhajatkan untuk berjalan-jalan @ melancong. Saya??? berhajatkan aksesori.. Barang kemas?? oh, tidak. Kulit ku agak sensitif dengan emas. :) Hajatku hanya 2 ketika itu, untuk memakai cincin (selain emas, RM1 pon jadi yang penting dapat rasa memakai) dan untukmemiliki spek hitam.

Melaka

Keinginan untuk memakai spek hitam ini timbul semenjak kami, Anisah Sabtani (bukan nama sebenar) dan Izyan (bukan nama sebenar) berjalan-jalan di Melaka. (pergi ke Pulau Besar, Melaka, tajaan KemBaQ @ Ayahanda kerana menghadiri kelas tambahan KemBaQ semasa cuti sebelum SPM) Ketika itu, terdapat banyak spek hitam yang cantik dan menarik pada harga serendah RM5 (saya suka juga pakai barangan murah) Perasaanku ketika itu berbelah bagi untuk membeli atau tidak. Akhirnya, saya tidak jadi membeli spek hitam. Selepas pulang dari Melaka selepas itu, saya menjadi teringin untuk memiliki spek hitam. Tidak tahu kenapa. tetapi, itulah perasaan ku. Seolah-olah menyesal kerana tidak membeli.

Cuti-cuti Melaka lagi...

Awal tahun 2011 ini juga, saya dan keluarga cuti-cuti di Melaka. Banyak tempat juga kami pergi dan yang utama dan 'wajib' pergi adalah......RFC..hehehe.. Mesti pergi nie, bukan senang nak dapat makan di RFC.. Sejak awal lagi, saya masih terfikirkan untuk membeli spek hitam. Ayah ku membenarkannya. Namun, tiada pula kelihatan spek hitam yang banyak dan murah terjual di tempat itu. Yalah, kalau difikirkan semula, ketika saya pergi dulu tu bila? dan nak cari sekarang pula sudah terlalu lama.. Pastinya sudah tiada. Akhirnya tiada spek hitam yang dapat saya miliki.. Tidak pun hampa....

Pulang ke Maahad STAM

Suatu ketika, saat dalam perjalanan pulang ke Maahad STAM, di Tampin, saya berjalan-jalan berseorangan dan singgah ke sebuah kedai iaitu kedai RM2.. Hajat dihati mencari benda lain, namun saya tertarik akan sesuatu... apa?? tentunya spek hitam itu... Wah!! RM2.. Cantik pula tu.. setelah memilih, saya membeli spek hitam.. Kini aku mempunyai spek hitam biarpun hanya RM2... RM2 saja..

Kontroversi!!!

Hmmm...Saya tetap memakai spek hitam di Maahad STAM terutama di kelas (kerana duduk di sebelah tingkap kosong dan cahayanya terus menembusi tingkap itu..silau ) dan ketika beRiadhah di kawasan Kampung Asahan dan yang paling terbuka saya memakai ketika Karnival Sukan Sekolah di Maahad atas... kebetulan ketika itu, saya ditugaskan mengambil nama pemenang dan di bawah terik mentari pagi...silau...hehehe...
Pernah juga saya bertanya kepada beberapa orang rakan terdekat, "salah ke aku pakai spek?"
Jawabnya, "entah, aku rasa ok je". Teruslah aku memakai, Ustaz Idris pun membenarkan aku memakainya ketika kelas Nahu.

Namun, suatu hari, ketika saya sedang on Facebook, seorang muslimeen menegurku tentang pemakaian spek hitam saya tu.. Pada mulanya aku terkejut, kerana padaku memakai spek hitam x salah.. Namun, untuk tidak berlakunya peperangan dan masalah yang timbul saya menerima dalam keadaan yang masih konfius dan terkejut.

Kebetulan Ustaz Taufik bertanyakan kepadaku tentang senarai nama pelajar, saya mengambil kesempatan itu untuk bertanya tentang masalah saya itu.. Jawapan ustaz :


"sebab apa pakai???
kalau untuk menunjuk-nunjuk dan kalau boleh menimbulkan fitnah : haram....
kalau sakit mata : wajib
kalau nak elakkan silau : harus

muhasabah diriku membaca jawapan ustaz.. agak-agaknya mana ya???

Pecah

Kebetulan ketika itu, waktu pulang ke rumah hujung bulan. Ketika saya ingin berkemas untuk pulang ke Maahad STAM semula, spek hitam saya yang berharga RM2 telah pecah di dalam beg yang diletakkan di dalam bilik. Terus saya berfikir mungkin ini lah yang sepatutnya...



mengambil ibrah daripada apa yang berlaku....terima kasih kerana sudi menegur. Itulah yang amat saya harapkan iaitu TEGURAN yang mampu membina seseorang, bukan teguran yang mampu menjatuhkan seseorang..






Spek hitam itu....

1 comment: