Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Friday, December 23, 2011

Teguran anda, kegembiraan saya

Assalamualaikum...

setelah sekian lama blog ini tidak dihiasi dengan kata-kata tulus dan telus si penulis,

insyaAllah, kesempatan ini, penulis akan menulis sesuatu dari hati dan dirinya tetapi untuk semua..



Hobi saya adalah berfikir.. Berfikir dan terus berfikir..

Kadang-kadang sehingga tertidur,

kadang-kadang sekadar berfikir tanpa usaha atau pelaksanaan,

kadang-kadang berfikir mampu untuk membuahkan idea yang bernas,

kadang-kadang berfikir tidak mampu untuk diluahkan melalui penulisan dan percakapan,

tetapi kadang-kadang juga ia mampu membuatkan orang lain berfikir sama melalui penulisan dan percakapan serta tindakan

Apa yang ingin disampaikan dalam entri kali ini...?

Pastinya sudah puas juga saya berfikir mengenai ini.. " teguran " atau erti kata lain, komentar atau kritikan...





Mengapa ya??

Selama ini, saya rasa sangat-sangat kurang ditegur oleh sesiapa pun..

Mengapa ya ini terjadi..? Adakah betul semua tindakan, cara, percakapan dan penulisan saya..?

Itu yang akan saya terfikir apabila tiada siapa yang menegurku..

Ataupun saya seorang yang sukar menerima teguran.? haha..

Jika itu jawapan anda, ingin sekali saya jelaskan, bahawa saya seorang yang jujur..

Bukan untuk memuji atau mengangkat diri sendiri tetapi,

saya sendiri tidak mampu untuk menyembunyikan segala perasaanku melalui reaksi muka saya ini..

Mungkin melalui percakapan atau perbuatan saya dapat membohongi sesiapa pun, namun, reaksi muka saya sungguh tidak mampu aku mengawalnya..


Bagaimana untuk saya terima andai cara anda menegur tidak saya sedari atau anda hanya berkata belakang atau anda tidak slow talk dengan saya..??




"Teguran anda, kebahagiaan saya"

Mengapa saya berkata begitu..? yalah, setiap orang apabila menerima sesuatu yang disukainya tetapi tidak biasa diterima, akan merasainya begitu...




Apabila anda menegur saya, tanggungjawab anda juga untuk memastikan saya akan berubah selepas itu..


kenapa pula?? kerana, saya juga mengalami masalah kelupaan yang serius. Saya begitu cepat terlupa sesuatu yang anda katakan JIKA anda tidak memberitahu


"syahirah, aku nak tegur nie" atau

"ana nak ckp sikit kat enti" atau

apa-apa keyword yang dapat menyedarkan saya,

"owh, beliau, dia atau sesiapa saja sedang menegur saya"


Berilah tahu saya bahawa anda sedang menegur..

selepas itu saya akan mengupdate teguran anda itu bersama anda.

"yang mana perlu diubah?"

"saya dah berubah belum?"


atau


saya akan berfikir akan kata-kata anda dan pertimbangkan


Harapan


saya amat berharap agar anda menegur saya atas segala kelakuan, kesilapan, kesalahan, kekhilafan saya..

JANGAN

sehingga saya tersedar kesalahan saya sendiri dan saya juga tahu bahawa anda juga tahu tetapi tidak menegur saya, malahan berkata dibelakang saya..

KERANA

ketika itulah saya akan mengalirkan butir-butir permata melalui kedua mata saya ini.. Saya akan menangis kehinaan, saya akan berasa benar-benar teruk dan jahat kerana anda tahu saya salah tetapi tidak menegur saya.. saya akan betul-betul jatuh ketika itu..


Jadi tolonglah tegur saya ya..?


Kaunter Teguran sentiasa terbuka !!!


Buat semua kenalan, yang pernah berusrah dengan saya, kumpulan yang saya pimpin, yang pernah berhubung dengan saya, yang pernah menjadi adik group ketika program dengan saya dan semua nya.. Tegur la saya..



Teguran yang Membina
Kadang-kadang teguran orang membuat kita dari tak elok, jadi elok. Dari buruk, jadi baik. Dari gemuk, jadi kurus..



> Terima kasih buat sahabat-sahabat yang tak putus membantu dan menegur saya...

2 comments: