Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Sunday, June 17, 2012

Ayah

Assalamualaikum... Sollu alan Nabi..Sollallahu A'laihi Wasallam..

haa!!lamo boto x update blog nie.. bz + maleh jgk bona eh..knpo plak speaking nogori lak kali nie?? xdo mkno eh, wpun dgelar n9 celop ko, apo ko, sey nie kojo kek sini ha, n9.. sjo yo speaking nogori nie. hehe..

Kali ni, ingin share sebuah kisah seorang ayah dan seorang anak perempuan yang masih tadika ketika itu.

Keluarga ini sebenarnya tidak lah terlalu susah dan tidaklah juga senang, namun kehidupan mereka sederhana dan mampu ditanggung oleh seorang ayah. Ketika itu,ayah ini bekerja di 2 syarikat surat khabar yang popular di Malaysia.Paginya kerja di syarikat pertama sehingga tengah hari kemudian sambung kerja di sebuah lagi syarikat sehingga malam. Alhamdulillah, kerja yang keras ayah ini mampu menanggung semuanya..

Pada suatu petang, dalam perjalanan ke sebuah destinasi, ayah ini menaiki motor bersama anak perempuannya itu. Pada pertengahan jalan, motornya mati, kehabisan minyak.Mujurlah ketika itu stesen minyak hanya 300 meter sahaja. Ayah itu pon menolak motor sambil anak perempuannya itu duduk di atas motor. Maka bertanyalah ayah kepada anaknya itu, " Duduk atas ye..?" anaknya tersenyum namun setelah beberapa minit sambil tersenyum ayahnya berkata lagi "x nak tolong ayah ke? nk tolong turunlah.."  anaknya senyum sambil berfikir-fikir dan berkata "xnak la".. "Ayah penatlah, boleh x kakak tolak motor ayah duduk.?" anaknya itu hanya tergelak dan dilihatnya ayah itu penat tetapi bersemangat. tidak lama kemudian sampailah mereka ke stesen minyak.

Anak perempuan itu kini sudah meningkat dewasa, jika teringat akan kisah ini pasti ada penyesalan dalam dirinya dan berkata pada diri sendiri, "kenapalah aku tidak turun dan tolak motor itu bersama ayah. Terasa "kurang ajar" ku ketika itu. Mengapa ayah pula yang tolak motor tetapi aku seperti tuan berada di atas motor"

Jadi marilah sama2 kita hayati dan ingati serta letakkan impian dan azam untuk terus berbakti dan membantu ayah dan ibu kita.


* diubahsuai oleh n_m.. tulisan kali nie agak kaku da lama xupdte kan

Pada 15 Jun yang lepas merupakan ulangtahun kelahiran bapaku (15 Jun 1964), da 48 tahun bapa ku.. "SELAMAT HARI LAHIR" selama 19 tahun, sebulan, 5 hari, aku dididik dan dijaga dibawah tanggungannya bersama 5 org adk bradik ku yg lain..

(Baru hari nie nak post? sbb xsempat, hari tu ada program,alhmdulillah, sempat wish..)


Wallahu A'lam..

No comments:

Post a Comment