Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Monday, September 2, 2013

Sebuah TINTA Tidak Berwarna


Sebuah TINTA Tidak Berwarna





Sahabat,
Maafkan daku kerana menyakiti hatimu..
Alangkah bagusnya jika dirimu mengerti mengapa perlakuanku begitu..
Alangkah bagusnya jika kamu mengetahui kebenarannya..
akan tetapi, maafkanku sahabat.. terlalu kekok untukku meluahkannya..

Sahabat,
Aku tahu, terlukanya hatimu keranaku..
Ketahuilah sahabat,
perlakuanku tak terkawal kerana aku terlalu merinduimu..
Sungguh Ya Allah, hamba ini terlalu merindui dirinya..

Sahabat..,
Tidakkah kau tahu,,,
Aku terlalu rindu,,
Di ruang maya ini
Teriak hatiku memanggil namamu,,
Perasaan ini begitu menyiksakan,,
Betapa aku merinduimu,,
Ingin benar berceloteh denganmu walau sekejap,,
Cuma untuk mengubati rinduku,,,

Namun..
Ucapan salamku...
bagai terlontar ke dinding..
tanpa jawapan...
Sapaan yang bertalu..
kau balas dengan kebisuanmu..
gurau senda kita sudah lama hilang..
kau benamkannya jauh..
sejauh kau dan aku...
wajahmu yang hampa..
hanya itu yang dapat kubayangkan..
bagai penanda hatimu terluka..

Andai aku..
Pernah mengguris luka hatimu
Itu bukan niatku
Mungkin aku bergurau silap tempatnya
Mungkin aku berlawak silap waktunya

Tapi ketahuilah sahabat
Semejak diammu itu
Telah meragut segala tenteramku
Telah mencampak jauh tawaku

Di sudut ini...
tanpa kau sedari..
airmata yang bergenang..
yang puas sudah kutahan..
akan tiba saatnya mengalir jua..
walau itu bukan pintamu..
bukan juga mahuku..

Ini bukan kesilapanmu sahabatku.. tetapi aku..

Bersuaralah
Hanya itu yang aku pinta..
Dari kau wahai sahabat..


~Sekian~
Terima Kasih Kerana Membaca Puisi Ini

p/s : copy.

#keranaHatiBerbicara

No comments:

Post a Comment