Kisah 1
Anak saya merangkap anak orang (makku menjaga anak orang) pernah ditanya satu soalan untuk menguji pemahaman mereka tentang Islam @ tauhid. Anak ini amat meminati kartun dan suka bermain lawan-lawan dengan anak-anakku yang lain. Anak ini juga telah disekolahkan oleh ibunya di sebuah tadika yang tidak spesifikkan Islamnya (bukan tadika Islam). Abangku pernah bertanya kepadanya “Ultramen dengan Allah siapa lagi kuat?” Tahu apa yang telah dijawabnya? “Ultramen.” Jawabnya ringkas. Tapi cukup menggetarkan hati ini. Megucap panjang kami mendengarnya. Abangku lantas berkata “Allah lagi kuatlah. Bukan Ultramen.”
Peristiwa ini cukup memberi pengajaran dan menggambarkan bahawa kanak-kanak hari ini berada dalam keadaan tidak diajar dan dididik dengan perkara-perkara seperti ini. Sebaliknya diabaikan perkara-perkara ini, membiarkan kanak-kanak ini dijajah mindanya melalui media massa terutamanya dan seterusnya merosakkan pemikiran mereka. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat remaja hari ini. Ini adalah salah satu faktornya.
Kisah 2
Satu peristiwa lain yang baru sahaja ku alaminya bulan lepas. Sampai sahaja dirumah pada hari Isnin(cuti 2 minggu) dalam kepenatan, aku duduk di atas sofa diruang tamu. Kelihatan anak-anakku sedang bermain. Salah seorang daripada mereka berkata “Jom main lawan-lawan. Siapa yang kuat?” Anakku yang lain pula berkata “Jom! Tapi Allah lagi kuat sebab Allah Maha Besar” Betapa hati ini berbunga-bunga mendengar kata-kata mereka itu. Saya tersenyum sediri. Bangga saya mendengarnya. Apabila difikirkan kembali, anak yang berkata ini adalah bekas pelajar PASTI tadika Islam.
Pemerhatian
Apa yang dapat saya katakan disini, pendidikan awal kanak-kanak amat memainkan peranan yang penting. Penting untuk menentukan fikrah atau pemikiran mereka dan juga pemahaman serta pengetahuan mereka tentang asas Islam . Namun, tempat persekolahan bukan segalanya juga. Cukuplah sekadar membantu dalam memahami dan mengetahui pendidikan Islam. Ibu bapa juga sepatutnya tidak lepas tangan dalam memberi didikan agama kepada mereka.
Kisah 3
Saya juga masih teringat saat kami, MT TPOP keluar menimba pengalaman semasa Unilever. Ada dalam kalangan sahabat2 akhowat yang amat suka bermain dengan kanak2. Saya juga berbangga ada dalam kalangan mereka yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil ini sebagai satu inisiatif dakwah. Salah seorang dari sahabat ada berkata kepada anak2 Gemencheh itu, "Esok, kalau nak jumpa kitorang lagi, pakai tudung tau." Keesokan harinya, dilihat bahawa anak2 itu, memakai tudung. Aku dapat merasakan sifat ArRahim Allah itu mengalir dalam diri sahabat dan dialirkan lagi ke dalam diri anak2 Gemencheh. Apa yang dapat saya lihat adalah anak2 ini juga mempunyai kesedaran untuk menutup aurat. Orang2 disekeliling sepatutnya memberi galakan kepada mereka. Betapa kasihnya mereka kepada sahabat2 saya. Saya juga ada menguji salah seorang anak Gemencheh ini dengan satu soalan asas iaitu dengan menyuruhnya membaca kalimah syahadah. Bagi ku, jika kanak2 Islam kini tidap mampu untuk melafazkannya, amatlah mendukacitakan. Namun, anak ini mampu melafazkannya dengan sempurna sekali. Alhamdulillah.

Moga kisah2 diatas mampu membuka fikiran kita untuk berfikir sesuatu. Jika pendapat ini ada salahnya, tolonglah tegur diri ini. Wallahu Ta'ala A'lam.
sangat menarik
ReplyDeletekepada ibubapa pilihlah yang terbaik untuk anak2 anda
samaada islam menjadi landasan atau tidak