sahabat seperjuangan selama 5 tahun (o6-10)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Kaif halukum??? Saat diri ini menulis post untuk kali ini, hanya tinggal seminggu lagi ana akan pulang ke Maahad Ahmadi tetapi kali ini amat lain buat diriku dan teman seangkatan dengan ku kerana ana akan pulang ke Maahad Ahmadi versi STAM. Mendebarkan juga, untuk menuntut ilmu Allah ini, ilmu agama fardhu ain dan kifayah, semakin berat juga terasa pada diri ini. Pesan seorang ukhti lepasan Maahad STAM juga, "langkah ini adalah suatu platform sebelum berelar ulama'". Memang betul-betul menggetarkan jiwa ini. Walaupun dimana sahaja sahabat-sahabat akan berada, di Morocco atau di Jordan atau bakal ke Mesir atau pun PLKN dan walaupun di IPT tempatan, semuanya masih menuju ke suatu matlamat yang sama dan tugas sebagai seorang khalifah (bi ma'na : Niabah an Rasul fi iqamah ad-din wa siasah ad dunia bihi : pengganti kepada Rasul dalam urusan mendirikan agama dan membangunkan dunia dengan agama) tetap perlu digalas bersama. Bersama dalam satu jamaah, dalam satu soff. Umar al-Khattab pernah berkata, "La Islama Illa Bil Jamaah" (tiada Islam melainkan dengan beramai-ramai dan bersama-sama)
Namun, disini ingin sekali ku ceritakan sedikit sebanyak tentang sahabat-sahabatku yang bersama-sama dalam perjuangan ku menuntut ilmu di Maahad Ahmadi. Kenali dia...
Khadijah
-Siti Khadijah binti Azmin (diejah, cadish, cat dan berbagai lagi nama)
-tinggal di Puchong, Selangor.
-Lahir pada bulan MAC, 93.
-Masuk ke Maahad lewat sedikit berbanding yang lain(bulan Ogos, 2006), berpindah daripada Maahad Muhammadi Lil Banat, Kelantan.
-Pernah memegang jawatan sebagai seorang BPP selama 3 tahun (semenjak e'dadi 3), ketua Asrama 2010, Naib Presiden The Plight of Palestine, BADAR dan beberapa jawatan lain.
-Seorang yang agak gila-gila, sempoi, layan, sangat tegas, sangat bersemangat dengan isu Palestin, sungguh Qanaah, cintakan ilmu agama, bertanggungjawab.
-Pengalaman manis bersama antaranya : bersama-sama berjuang membuat program TPOP sehingga naik pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan beberapa sahabat yang lain dan selalu bersama-sama buka pintu pagar aspuri time subuh je laa sebab time lain memang dah buka... (semasa SPM tinggal di Maahad)
-Pandangan penulis kepada Khadijah : seorang yang sangat cekal, sukar melihat dia menangis melainkan 2 kali sahaja selama berkenalan. (pertama ketika meluahkan masalah peribadi dan kedua ketika menyampaikan ucapan terakhir TPOP) dan seorang kakak yang hebat.

p/s: Syera sayang diejah..dijah selalu ingatkan syera pasal iman dalam diri ini. Syukran Jazilan Jazakallah...All the best dunia akhirat diejah ye.. dan kawan2 lain, bakal menyusul ya?? insya ALLAH..
No comments:
Post a Comment