Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Saturday, February 2, 2013

Hati~ AGAR TIDAK DENDAM




TIPS AGAR TIDAK DENDAM 

Berikut adalah sedikit kesedaran yang dapat kita hadirkan dalam hati kita saat seseorang telah berbuat buruk terhadap kita, agar tidak ada dendam yang berkembang dalam hati.


1 - Ingatlah bahawa perbuatan orang itu kepada kita tidak keluar dari kehendak Allah. Allah menginginkannya itu terjadi dan PASTI ada hikmah dibalik itu.

2 - Ingatlah dosa-dosa kita kerana tidaklah keburukan menimpa kita melainkan kerana dosa-dosa kita. Sibukkan diri dengan taubat dan istighfar, daripada sibuk mencela dan mencari-cari cara untuk membalasnya.


3 - Ingatlah pahala yang sungguh besar bagi orang yang mahu memaafkan dan bersabar. “Barangsiapa yang memaafkan dan melakukan kebaikan, maka pahalanya di sisi Allah.” (QS. Asy Syuuraa: 40)

 4 - Ingatlah bahawa memaafkan dan berbuat baik akan membuat hati kita bersih dari keinginan-keinginan buruk, hasad dan dendam. Dengan itu hati akan merasakan kelazatan yang jauh lebih lazat dari kelazatan melampiaskan dendam.

5 - Ingatlah bahawa dendam akan membuat jiwa menjadi hina, sedangkan memaafkan akan membuat jiwa menjadi mulia. “Tidaklah Allah menambah kepada seorang hamba dengan sikap memaafkan melainkan kemuliaan” (HR Muslim)


6 - Ingatlah bahawa balasan yang kita akan dapatkan sesuai dengan perbuatan yang kita lakukan. Kita pun pasti pernah berbuat zalam dan dosa. Jika kita memaafkan, Allah pun akan memaafkan kita.

7 - Ingatlah bahawa menyibukkan diri dengan dendam akan menghabiskan waktu dan membuat hati menjadi tidak fokus. Sehingga banyak hal-hal bermanfaat kita lewatkan atau tangguhkan. Maka jangan sampai musibah lebih besar menimpa kita.

8 - Ingatlah bahawa Rasulullah tidak pernah sekali pun dendam kerana urusan peribadinya. Jika Rasulullah, orang yang paling mulia pun begitu, bagaimana dengan kita?



9 - Ingatlah bahawa sabar adalah sebahagian daripada keimanan. Jika kita bersabar, maka beerti kita sedang menjaga keimanan kita.

10 - Ingatlah bahawa dengan bersabar bererti kita telah mengalahkan dan mengawal jiwa kita. Kerana jiwa yang tidak dapat kita taklukan atau kuasai akan mengajak kita pada kebinasaan.

11 - Ingatlah bahawa jika kita bersabar, maka Allah pasti akan menolong kita.


 12 - Ingatlah jika kita bersabar, maka itu akan menjadi sebab orang yang telah berbuat zalim kepada kita menyesal dengan tindakannya, malu dan boleh jadi mencintai kita, walaupun sebelum ini membenci kita. “Balaslah keburukan itu dengan yang labih baik, maka tiba-tiba orang yang tadinya antara kamu dan dia ada permusukan, menjadi seolah-olah seperti teman yang dekat.” (QS. Fushilat: 34)

13 - Ingatlah boleh jadi jika kita membalas perbuatan buruknya kepada kita, hal itu akan membuatnya semakin bertambah buruk.

14 - Ingatlah bahawa orang yang biasa mendendam, dia pasti akan terjerumus pada kezaliman. Kerana jiwa menjadi susah untuk berbuat adil.




15 - Ingatlah bahawa kesabaran itu akan menjadi penggugur dosa kita atau pengangkat darjat kita. Dan kita tidak akan dapat jika kita tidak bersabar dan membalas dendam.

16 - Ingatlah bahawa sabar dan tidak membalas adalah kebaikan yang akan melahirkan kebaikan yang lain, dan kebaikan itu akan melahirkan kebaikan lagi dan begitu seterusnya. Kerana diantara balasan kebaikan itu adalah kebaikan berikutnya.


[Disarikan dari risalah "Qaa`idatun fish shabri" Karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah -rahimahullah-, "Jaami'ul Masaa`il" vol. 1, hal. 177-181]

"Hidup terlalu singkat untuk membenci"

edited dan copy paste by me aka n_m

No comments:

Post a Comment