Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Tuesday, March 19, 2013

SABAR!


Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillahi Rabbil Aalamin.. Sollallahu alaihi wasallam.

Kesibukan hampir setiap hari telah menggugat sedikit masa untuk aku berblog. sekadar sebuah perkongsian yang mungkin boleh diambil manfaatnya bersama.

beberapa hari sebelum.

"Ya Allah! Laporan tak siap lagi. Bilakah dapat dilepaskan semua ini?" bebel sendirian.

"hmm.. 3 assignment kena hantar minggu nie.. Haa.. lepas siap sikit, terus bagi ke S/U sepatutnya, biarlah dia yang selesaikan selebihnya." agak tertekan dengan beberapa tugas yang tidak berapa selesai atas kesibukan yang teramat pada minggu itu. Asalnya aku sekadar pemantau, namun aku juga rasa bertanggungjawab untuk itu.

Pada suatu petang. Alhamdulillah, unit kami berjaya mengadakan satu meeting yang telah lama dirancang namun tidak berkesempatan. Rupanya petang itulah Allah telah menetapkan kami untuk bermeeting. Alhamdulillah.

"Ok, insyaAllah, agenda pertama. Program Silang Agama." kata ketua. Aku menghulurkan laporan yang sedikit lagi hampir siap dan baru saja di print color.

"Sebenarnya, segalanya sudah siap dan dah dihantar ke HEP."

"Ha?" aku membulatkan mata. Terkejut teramat. "......" tidak mampu berkata. "......" tiada yang mampu diungkapkan.

"Ya Allah, kesian dia. Kenapa tak bagitau awal-awal?" kata timbalan. Pemantau kami hanya gelak kecil dari jauh.

Aku sendiri masih lagi dalam keadaan terkejut. "?" Hati seperti terusik. "akak, rasa macam nak nangis je."

Akhirnya, aku tersenyum "Terima kasih," Hati ini? Hati ini merasai sesuatu yang sangat dalam. Tertusuk. 

"Ok. Agenda seterusnya..."



Meeting itu nak tak nak aku fokuskan diri. Minit mesyuarat tetap kena buat. 
Aku lebih banyak berdiam. Agak terasa.


"S/U ada cadangan?"

"ha? tak da" aku masih terasa. "sampai bila nak terasa?" tanya diri sendiri. "engkau akan bekerjasama untuk setahun ini." setelah hampir sejam bermeeting barulah aku mula memberi soalan dan pendapat. Aku cuba untuk melawan perasaan. SABAR!


p/s : Kisah ini bukan untuk mengutuk mana-mana pihak. tapi sekadar perasaan syukur atas keperihatinan pihak Exco dalam membantu mengurangkan dan memudahkna gerak kerja. ALHAMDULILLAH, aku berbangga ada sahabat juang seperti mereka. Setakat ini, aku memang agak mudah untuk bekerja bersama mereka. InsyaAllah, we do our best, insyaAllah.. :D

********************************




"apakah lagi selepas SABAR..?"


"Sabar ya.. sabar..."


"Sampai bila?"

"Sabar.."

"Apa lagi?"






"Sabarlah.. Sehingga engkau menjadi tabah."

Begitulah Rasulullah.. Bagaimana baginda terus tetap dalam menegakkan Islam.? Sabar dan menjadi TABAH
Dalam berdakwah kepada Mukallaf dan Muallaf, dalam menigkatkan martabat kaum wanita, meninggikan nilai Islam.



Bila Tabah anda akan harunginya..!



Tabah dalam kata2 Melayu : alah bisa tegal biasa.

Tabah juga boleh diertikan sebagai REDHA.

"Ya Robbi anta maqsudi, wa Redha Ka MatluBi" Ameen


No comments:

Post a Comment