Bismillah alhamdulillah. Kelab PERKIM UUM telah membuka
tirai semester ke 2 sesi 2012/2013 ini dengan sebuah forum bicara siswa sempena
Maulidur Rasul dengan tajuk 'Ingat tanda Cinta'.
Melihat kepada poster ini, aku
secara peribadi mengkagumi kecantikan poster ini. Aku pasti ramai juga
merasakan begitu. Mungkin juga kawan2 merasakan poster mereka atau poster kampus
mereka ada yang lebih baik. Namun, aku tetap kagumi kecantikan poster ini dari
sudut melihat perubahan yang amat baik kepada kelab perkim uum dalam usaha
untuk menarik minat mahasiswa uum untuk menghadiri majlis ilmu. Tarikan poster
ini dibuktikan dengan kehadiran seramai 400++ orang peserta berdaftar tidak
termasuk yang tidak berdaftar.
![]() |
Alunan asma' ul husna pembuka program |
![]() |
Khusyuk. Kepadatan tidak menghalang. |
![]() |
Tetap setia mendengar hingga ke akhir. |
Namun, aku bukan saja ingin mengatakan dari sudut kecantikan
poster tersebut saja, namun aku juga melihat bahawa betapa hausnya mahasiswa
UUM dengan majlis ilmu yang membina. Mereka sanggup datang demi menghadiri majlis ilmu apatah lagi yang membincangkan tentang
Rasulullah sollallahu alaihi wasallam. Sehingga terdapat beberapa orang yang lewat hadir sanggup berdiri di pintu belakang akibat kepenuhan yang teramat sangat di dalam dewan Pusat Islam tersebut. Mereka lelaki dan dari awal hingga akhir mereka berdiri. Tidak ketinggalan mereka (lelaki dan perempuan) yang hanya duduk dilantai, ditangga, tak lupa di luar akibat kerusi yang ada sudah dipenuhi oleh mahasiswa UUM yang turut cintakan ilmu dan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam.
![]() |
Barisan ahli panel. |
Betapa umat yang dirindui oleh nabi ini
semakin hari semakin sedar dan tahu serta menginginkan ilmu-ilmu mengisi jiwa
mereka. Alhamdulillah. Sedikit gambar (sumber : FB perkim uum)
![]() |
Sungguh celoteh saudara Azry, Pengerusi Kelab Pengucapan Umum |
![]() |
Orang kuat PERKIM UUM, Naib Pengerusi 1 dan Setiausaha Pusat |
![]() |
Terbaik~ |
![]() |
"Ingat Tanda Cinta.. Sebelum Cinta pasti ada Rindu." "Berakhlaklah dengan akhlak Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam" -Saudara Syubhana Mufti, Timb. Pengerusi PERKIM UUM- |
![]() |
"Ingat tanda Cinta. Ingat, Cinta, Rindu, Tak sah kalau tak ada pengorbanan" "Jangan jadikan AKADEMIK FITNAH kepada ISLAM.!" - Saudara Hafizul, Exco Tarbiyah dan Dakwah SAHAM (sahabat masjid)- |
Perkim dah ada twitter .. Jom Follow!
Allahummasolli ala saidina muhammad. Sollu alan Nabi..
-selesai sudah TOT Soff kepimpinan PERKIM 2012/2013.
Bermula sebuah perjalanan yang baru, menguji setiap jiwa, masa, raga.
Allah, sempurnakan langkah ku. Ameen-