Langkah Tercipta

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..

Menarik??? Jom Baca!!!

Friday, December 31, 2010

ISLAH 2 ~penuh dugaan #2

Assalamualaikum..post kali ini adalah untuk menyambung cerita saya di program ISLAH 2.0... sedikit sambungan untuk malam pertama program.. Penghulu dan penghuli dilantik daripada kalangan kami. Tahu siapakah mereka??? Penghulu untuk ISLAH 2.0 adalah Syeikhuna Hafizi Ibn Salim, manakala penghuli pula tak lain tak bukan Syeikhah Siti Khadijah binti Azmin..huma min Maahad Ahmadi.. (untuk ISLAH 1, Izzat dan Adawiyah )..Seperti biasa konsep 'volunteer' diterapkan dalam program ISLAH ini. Selepas slot Bual Bicara Islam, kami diberi minum malam dan sedikit taklimat tentang bilik (khas untuk mujahidah sahaja)..Minum malam itu kami diberi makan biskut Azan(orang kampung panggil biskut lutut) dan air teh..Saya yang sudah kenyang dengan makan malam itu, seakan juga trauma untuk makan.. Puas juga saya berfikir.. Nie betul-betul TAMRIN nieh kalau dah makan nasi mentah...Malam itu, saya sangat sakit kepala. Demam yang tadi kebah seakan panas semula. Tatkala slot ceramah pada malam itu, mata dan tangan aku sangat-sangat panas. Sahabat-sahabat yang lain terus memberi kata semangat.."syera, bertahan".. Pada malam itu, usai bacaan Al-Mulk dan doa Rabithoh di bilik B, saya terus baring dan melelapkan mata. Seakan tidak larat pula. Sehingga terjaga pada jam 3.45 pagi lebih kurang. Semalam, Wardah (bukan nama sebenar) mengajak aku untuk mandi awal. Katanya senang. Saya yang bangun dahulu daripada Wardah, dan ada sahaja sahabat-sahabat yang lain telah pun mandi, terus ke bilik air. Amat sejuk dan sangat-sangat sejuk.

Terkilan

Namun, kepala ini masih lagi berat. saya sambung berbaring bersama Balqis. Saya tidak turun Qiam berjemaah pada pagi itu. Terasa amat berat pula kepala. Namun, yang membuat saya terkilan adalah saya juga turut terlepas slot Tarbiyyah Ruhiyyah pada pagi itu. Saya sangat terkilan. Pada saya, slot itu amat penting buat diri saya ini yang sering mengalami masalah jiwa yang kritikal. (ada sesiapa yang nak kongsi ilmu ceramah Tarbiyyah Ruhuiyyah nie???) Saya dan Balqis hanya turun ketika Riadhah~renggangan. Agak mencabar juga aktiviti renggangan yang dibuat, tapi amat bagus untuk kesihatan.

Suka

Slot Ustaz Said memang best. Ustaz menceritakan tentang ciri-ciri Islam. Selama ustaz berceramah, hanya 2 ciri sahaja yang sempat diterangkan daripada 6 ciri. Actually, ni silibus pelajar-pelajar Jordan. Sahabat-sahabat yang nak ke Jordan tu, boleh la tau sikit fasal ni, sebagai persediaan. Nak tau apa dia ciri-ciri Islam?
1. Rabbaniyah (bersifat ketuhanan, agama Allah, dan segalanya di tentukan oleh Allah)
2. As-Syumul dan Al-Kamal @ Syumuliyah
3. Inqilabiyah ( jatuhnya jahiliyah dan tertegaknya Islam)
4.Tsabat wal Murunah (Fleksibel)
5. A'lamiyah (sejagat)
6. Waqi'iyyah (semasa)
Itulah ciri-ciri Islam, yang 4 lagi tu, akak fasi terangkan dalam kumpulan selepas slot Ustaz Mohammad. Macam biasalah, kalau slot Ustaz Mohamad ni memang selalunya agak mencabar minda dengan soalan-soalannya. Kali ini, ustaz bawakan tajuk 'Pendakwah : Cabaran dan Persiapan. Sampai saja slot ustaz, ustaz terus beri kami soalan yang perlu dijawab mengikut kumpulan yang telah digabungkan dan menjadi 6 kumpulan.

Hebat

Soalan-soalan yang telah diberi ialah
1- Sebagai pendakwah muda, apakah cabaran yang anda hadapi? (soalan group saya)
2- Selepas SPM, apa yang anda akan buat dalam tempoh 6 bulan daripada sekarang?
3- Apakah persiapan yang boleh anda lakukan dalam menghadapi cabaran-cabaran sebagai pendakwah muda.
4- Sila huraikan terjemahan surah At-Taubah, ayat ke 24.
5- Sila huraikan terjemahan surah Al-Ankabut ayat 2-3.
6- Sebagai pelajar lepasan SPM, apakah yang anda boleh lakukan untuk mengIslahkan masyarakat?
Semua kumpulan diminta untuk membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulan tersebut, dan apa yang paling menarik pada saya adalah, sahabat saya, kumpulan Shafiqah Azira telah diminta untuk membentangkan terjemahan daripada salah sebuah kumpulan Muslimeen dalam bahasa Inggeris. Shafiqah Azira menjadi wakil kumpulan mereka dan dia mampu untuk membentangkannya. Sangat hebat. Bagus, sahabat!

Selepas slot ini, kami diminta untuk masuk ke dalam kumpulan dan dibawa oleh fasilitator ke mana sahaja untuk membuat aktiviti. Fasi kumpulan kami ialah Kak Raudah dan Kak Bahyah. Memang best la akak-akak ni. Aktiviti pertama kami ialah lukiskan sesuatu yang menggambarkan diri anda dan kaitannya dengan jalan dakwah.(teringat cerita Tautan Hati, aktiviti yang sama di lalui oleh Asiah Yusra dan Elya Khadeeja) Puas juga berfikir apa yang ingin ku lukiskan ini? Namun, hanya satu sahaja yang terlintas di fikiranku. Agak-agaknya apa? Cuba teka? Semestinya saya melukis BULAN yang di kelilingi BINTANG..(macam kat blog ni). Saya dan bulan. Bulan menjadi penerang pada malam hari. Memang, truely saya memang suka bulan, dan itulah salah satu sebab kenapa nama nur_malam dipilih (rahsia ni)...Ada yang lukis bas lawatan, baju, aisberg, rumah, aiskrimb dan macam-macam lagi. Maka, terhasillah bendera setelah dicantumkan semuanya dalam ahli kumpulan. Kami juga diterangkan tentang ciri-ciri Islam secara ringkas oleh fasi.

Selepas solat zohor, kami diberi makan tengah hari. Akibat kelewatan turun untuk makan, saya dan Balqis tidak dapat makan tengah hari. Saya, tak kisah tidak dapat makan (masih kenyang makan nasi semalam) tapi, Balqis yang ketika itu masih demam dan agak teruk daripada saya. Kasihan Balqis. Kami meneruskan aktiviti dengan slot ceramah Fiqh Dakwah oleh Ustaz Mohd Idris bin Mohd Yussoff. Sangat banyak input-input yang saya dapat antaranya ialah rukun dakwah iaitu :-
1. Maudhu' Dakwah (isi yang ingin dibawa)
2. Pendakwah
3. Mad'u
4. Wasail dan Uslub dakwah.

Seperti biasa, slot-slot ceramah seperti ini pastinya ramai yang mengalami 'pendarahan otak'. Namun, saya amat bersyukur kerana saya tidak pula mengalami pendarahan otak. Mungkin kerana minat. Saya pun tidak pasti. Ramai juga sahabat-sahabat yang telah tumbang. Selepas tamat slot ini, saya melihat Balqis sangat lemah ketika itu. Saya mengadukan hal ini kepada Cikgu Khajar, cikgu kesayangan kami. Cikgu telah memberi Balqis makan nasi dan ubat. Alhamdulillah, dia ok saja selepas itu.

Slot seterusnya ialah sidang pleno dengan tajuk "Dakwah di Malaysia gagal, salah siapa?" Kumpulan kami mendapat diri sendiri. Dihentam dan menghentam berserta hujah. Itulah yang dilakukan antara kami. Namun, yang paling teruk dihentam ialah pihak kerajaan. Kasihan. Kesimpulan dibuat pada akhirnya. Semua pihak bersalah kerana setiap pihak ada kebaikan dan kelemahan masing-masing. Semua perlu bersatu untuk meningkatkan dakwah di Malaysia.

Mencabar

Selepas solat Asar dan Ma'thurat, aktiviti Treasure Hunt @ explorace diadakan dalam keadaan hujan sekejap-sekejap dan kadang kadang reda. Amat mencabar diri ini. Antara cabaran-cabaran yang telah kami hadapi ialah berdakwah kepada sepasang couple, membuat promosi kepada seseorang (fasi berlakon) untuk menjual sesuatu (kumpulan kami mendapat aksesori kereta), berdakwah kepada bukan Islam, berdakwah kepada orang luar, berdakwah kepada sahabat yang sedang bermain untuk solat, berdakwah kepada perempuan yang tidak memakai tudung. Amat menguji kami semua, namun ianya sangat best dan memberi pengalaman yang cukup baru untuk saya. Saya Tamatnya treasure hunt itu agak lewat sehingga masuknya waktu maghrib. Selepas solat maghrib berjemaah, kami disaji dengan makan malam. Sedap juga, tetapi tidak mampu untuk kumpulan kami habiskannya. Memang kalau dah saya ada dalam kumpulan makan ni, selalu saja kena buli suruh dihabiskan. Alasannya, saya kuat makan. Takpa, memang saya kuat makan tapi kenalah berpada juga kan.. Kalau terlebih, itu nafsu namanya..

Redah saja

Malam itu, selepas makan, sahabat sebilik saya demam dan saya adukan kepada penghuli, Khadijah. Khadijah mengajak saya untuk pergi ke bilik fasilitator untuk meminta ubat. Malam itu hujan renyai lebat sedikit. Saya dan Khadijah beserta sweater kesayangan kami meredah hujan bersama. Seronok juga main hujan. Sampai sahaja di bilik fasi, setelah mengambil ubat, hujan bertambah lebih lebat. Kami agak risau, macam mana nak balik bilik ni? Akak fasi telah memberi kami meminjam payung mereka. Terima kasih akak. Saya turut respek dengan sahabat saya ini. Cukup tegas dan bagus menjalankan tugas. Bagus, diejah!

Kemuncak

Selepas solat berjemaah dalam bilik masing-masing, semua peserta di minta pergi ke bilik fasi yang diluarnya seperti dewan untuk meneruskan aktiviti dengan slot yang saya kira kemuncak program. Mengapa??? entahla. yang penting persoalan saya selama ini terjawab juga. Tajuk Sirah@sejarah yang dibawa oleh ustaz... maaf tidak pasti namanya.. Sangat best.. Sekali lagi pendarahan otak berlaku dalam kalangan sahabat-sahabat. Malam ini lebih parah, mungkin kerana setelah berjuang dalam treasure hunt petang tadi. Mungkin juga kerana minat, saya sekali lagi tidak mengalami pendarahan otak, yang penting saya memang amat suka ceramah pada malam itu. Hakikatnya memang saya kurang meminati subjek sejarah (kerana perlu membaca) namun, jika diceritakan, menjadi minat pula. Mungkin.. Keseronokan menerjah ke dalam jiwaku pada malam itu.

Pentingkan diri???

Malam itu, saya agak lambat daripada yang lain masuk ke bilik. Masuk saja ke dalam bilik, ramai sahabatku yang telah tidur. Namun, ketegasan si penghuli, Khadijah, menyuruh sahabat-sahabat untuk membaca Al-Mulk. Selepas itu, semua terus tidur tanpa banyak bicara. Saya mula melihat, muat ke tempat tidur ni. Semalam, saya tidur antara yang tercepat, jadi tidak perasan pula. Hmm.. Rupanya sahabat-sahabat lain tidak muat tempat tidur. Saya bertanya kepada salah seorang sahabat saya, "semalam, muat ke tidak sebenarnya?".. Dia menjawab, "muat..hehehe, sebenarnya tak muat", beristighfar saya mendengarnya. Kasihan sahabatku ini. Rupanya tidak muat tidur semalam? Pentingkan diri kah saya semalam? Puas saya muhasabah diri, teruk punya perangai. Walaupun sakit, fikirlah orang lain!!! Amat menyesal saya. Oleh itu, pada malam itu, saya tidur lewat. Mengemas beg untuk pulang esok dan pada mulanya saya tidak mahu tidur, namun, risau esok mengantuk dalam aktiviti, saya tidur juga, disebelah Millah (SHAMS). Tempatnya tilam @ lantai @ selesa @ tidak, saya tidak fikirkannya. Yang penting, bolehlah tidur ya..Kasihan sahabat yang tidur tidak selesa semalam.. Sehingga ke pagi...

Saturday, December 25, 2010

ISLAH 2 ~penuh dugaan

Assalamualaikum..entry kali ini ingin ku kongsi tentang pengalaman yang telah aku lalui sebelum dan semasa program...Dalam masa lebih kurang seminggu aku mencari peserta yang akan ke ISLAH 2...Alhmadulillah, setelah berbagai rintangan di hadapi, beberapa orang sahabat yang telah sudi untuk mendaftarkan diri.. Namun kuasa Allah, walaupun setelah beberapa sahabat aku ini berusaha untuk menjadi pilihan Allah menyertai ISLAH ini, akhirnya beberapa daripada sahabat aku ini tidak dapat menyertai ISLAH atas sebab tertentu.

Dugaan datang lagi.. Tatkala kami, pelajar Maahad Ahmadi, hampir menamatkan paper SPM kami, Ekonomi Asas, kesakitan datang ke tubuh ku.. Tidak dapat ku nyatakan bagaimanakah rasa dan perasaanku..Aku, Anisah Sabtani(bukan nama sebenar) dan Atiqah Ridzwan(bukan nama sebenar) kelewatan masuk ke dewan peperiksaan untuk paper 1, dan ini merupakan kali yang ke-2 kami lambat.. Ketidak tenteraman aku menjawab paper 1 mendorong aku untuk berlari pulang ke dorm secepat mungkin. Ikutkan hati, ingin sahaja aku tamatkan paper seawalnya, namun malu juga menebal untuk bangun lebih awal daripada yang lain..Aku pulang ke dorm dan terus baring di atas katil, setelah bangun, aku solat zohor dan terus ke dewan tanpa sempat menyelak sebarang nota.. Kesakitan aku itu membuatkan aku tidak mampu untuk membuat sedikit revision..Akhirnya, aku, anisah, atiqah dan Affiza (bukan nama sebenar) sekali lagi lambat masuk ke dewan, dan kami orang yang terakhir sampai, mujur sahaja belum mula menjawab.... Di saat yang lain kegembiraan tamat SPM, aku tidak merasakannya melainkan kerisauan terhadap kesakitanku ini... ESOK NAK KE ISLAH... bagaimana?? puas juga aku berfikir, wajar @ tidak aku ke ISLAH dengan keadaan ku sebegini.yalah, kalau aku balik rumah pun kena naik bas juga... dengan semangat sahabat-sahabat lain dan kedegilan yang aku miliki, aku tekad, walau macam manapun, aku tetap kena pergi..Akhirnya aku jejakkan kaki di mps, seremban untuk menyertai ISLAH CAMP..2.0..dalam keadaan demam yang masih belum kebah dan kepeningan dan kesakitan kepala yang teramat..

Dalam perjalanan kami ke mps, Balqis (bukan nama sebenar) turut menunjukkan tanda-tanda berjangkit daripada ku, iaitu demam... risau sahabat-sahabat yang lain... Wardah (bukan nama sebenar) sangat bersemangat memberi semangat kepada ku dan Balqis. Tq Wardah..Sampai ke mps, kami peserta muslimat terakhir yang tiba, ketika itu hampir pukul 7 kami tiba di sana.. Agak lewat jugalah.. Usai solat maghrib, kami diberi makan malam...Perghh... dengan semangat kami makan... namun sedikit kelainan pada makanannya.. nasinya agak...agak....~mentah~... aku layan sahaja, namun dulang group kami, tak habis nasinya... group lain, licin juga la.. bagus! makanan malam tu membuatkan aku kenyang esoknya... selepas solat isyak, sedikit ujian minda diberi iaitu ayat Al-Quran yang perlu diterjemahkan, sedang aku khusyuk menyertai, aku dan balqis dipanggil oleh akak fasi..kami diberi ubat untuk di makan.. aku??? Ubat??? agak kurang sinonim dengan diri aku ini.. Jika tidak kerana ISLAH, aku x kan makan ubat itu... Balqis nampak lebih lemah daripada aku. Oleh itu, dia memohon duduk di bilik.. aku? tidak.. aku fikir, aku tidak mahu lepaskan peluang untuk menyertai majlis ilmu pada malam itu.. tajuknya tentang aqidah dan peranannya terhadap remaja oleh Ustaz Hapizi.. Bestla juga.. berikut senarai peranannya:-

1-berperanan untuk berdakwah kepada diri dan orang lain supaya JANGAN Meninggalkan Perintah Allah

2-berperanan untuk berdakwah kepada diri dan orang lain supaya TIDAK Mengharamkan yang Halal dan Menghalalkan yang Haram

3-berperanan untuk berdakwah kepada diri dan orang lain supaya BERHATI-HATILAH dengan Iblis Laknatullah

4-berperanan untuk berdakwah kepada diri dan orang lain supaya KONSISTEN dengan Aqidah supaya Rahmat ALLAH TIDAK PUTUS

5-berperanan untuk berdakwah kepada diri dan orang lain supaya YAKIN bahawa DUNIA adalah SEMENTARA

peranan dan tanggungjawab yang agak besar dan berat kepada kita sebagai remaja hari ini..sekadar perkongsian kepada semua....

p/s : doakan dan aku amat mengharap supaya aku terus istiqamah di jalanNya disamping amalan-amalan yang lain... doakan juga buat mereka yang tetap teguh di jalanNya juga...

Sunday, October 31, 2010

Idealogi : Dorongan Teman, Pengaruh yang Melenakan

Setiap mausia itu pasti ingin berteman dan bekawan. Kerap kali dilihat, teman amat mempegaruhi diri seseorang terutamanya golongan remaja. Sebagaimana yang kita ketahui jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, bau wangian itu akan melekat pada diri kita, namun jika kita berkawan dengan pembuat besi, sedikit sebanyak abu besi itu akan melekat pada badan kita.

Kalau kita bergaul dengan teman-teman yang hobinya bercinta, merokok dan melepak maka berkemungkinan besar kita juga akan mudah terpengaruh. Kelompok pergaulan itulah yang akan lama-kelamaan akan mempengaruhi pemikiran kita. Awalnya mungkin kita dengan bertegas mengatakan ‘tidak’ ketika diajak berbuat maksiat. Namun, perlahan-lahan, benteng yang kita bina itu akan rapuh. Satu persatu mereka mengajak kita. Demi alasan persahabatan, kesetiaan terhadap kumpulan dan alasan yang lain, maka kita akan melakukanya.

Pergaulan sangat menentukan sikap kita. Kita akan menjadi hamba Allah yang taat atau hamba Allah yang murka berdasarkan pergaulan kita seharian. Kalau berkumpul dengan orang yang mengambil berat terhadap Islam, maka kita akan menjadi orang yang sangat peka terhadap Islam.

Namun, jika kita bergaul dengan teman-teman yang nakal, maka kita akan terpengaruh dengan kenakalan mereka. Kita pada awalnya tidak suka untuk merokok, namun akhirnya kita akan mencuba untuk merokok. Kita yang selama ini menjaga untuk tidak berbuat maksiat lama-kelamaan akan membuat kemaksiatan.

Sepatutnya kita teliti dahulu setiap percakapan teman yang kita dengar. Setiap ajakan yang diajak. Tidak perlu kita mengikuti perkara yang kurang baik. Mereka mungkin berkata atas nama kepedulian atau atas nama prihatin. Tetapi kita perlu berhati-hati apakah cakap-cakap mereka patut kita ikuti atau tidak??? Ajakan untuk merokok, membuat maksiat, bahkan sampai pada tindakan jahat lainnya tidak perlu kita ikuti kerana hal-hal itu jelas hanya akan membawa kerosakan pada hati dan diri kita. Biarkan mereka anggap kita anak muda yang tidak pandai bergaul kerana bergaul bukan beerti harus menjadi orang yang melakukan maksiat.

Teman ialah aset penting yang sangat berharga. Oleh itu, carilah teman yang boleh menyegarkan semangat keisalam dalam diri kita. Teman yang boleh diajak diskusi saat kita perlu berbincang. Teman yang boleh menghiburkan hati saat diri kita suka dan duka. Teman yang selalu ada di saat kita memerlukan. Hindarilah teman yang hanya akan menyulitkan kita di akhirat.


edited by nur_malam

Saturday, October 30, 2010

dari ain > Buat Renungan Untuk Sahabatku, Syera!!

Jika kau berasa lelah, usaha yang seperti sia-sia,
Allah tahu betapa kuatnya kau berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama,
dan hati masih berasa sedih,
Allah sudah menghitung air matamu...
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan,
Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika sesuatu tejadi,
Tak masuk akal dan kau bisa tertekan,
Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Sweet memory 2010....Ain&SyeraFrenz4Ever

Copyright by : AZ Production Sdn Bhd
939211122831 aintkir@yahoo.com

Friday, October 1, 2010

~Cerita Hati~

Assalamualaikum.. alhamdulillah.. sedar tak sedar hanya tinggal kurang dua bulan lagi ana dan sahabat2 akan menghadapi SPM 2010, dengan keputusan yang biasa-biasa saja (3A- 3B+ 1C+ dan 3c dan menduduki tangga ke38/109..agak kurang memuaskan) ana cuba untuk mencapai yang terbaik.. Saat sahabat2 sibuk mengisi borang MATRIK, ana masih memikirkan untuk merangka peta kehidupan yang bakal ana hadapi.. Allah Ya Bari, yang menentukan segalanya, Hanya Dia saja yang tahu mana yang terbaik untuk diri ana, dan ana hanya merancang, Kau saja yang menentukan.. Firman Allah, "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia adalah yang terbaik buat kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk pada kamu." Ya! Pastinya ana akan sentiasa cuba yang terbaik dan menerima ketentuannya..

Sedikit cerita hati ingin dikongsi bersama. beberapa hari yang lepas, langit yang selama ini cerah sentiasa akhirnya hujan turun dengan lebat, pada mulanya agak renyai, akhirnya lebat pada malam hari.. ya! hidup tidak selalunya indah.. Merasakan hati ini bergetar dan goyah saat menghadapi kesukatan itu, di saat sehari diri diperkata, menyebabkan awan tidak mampu menampung lagi air yang sudah memenuhinya. ianya bukan hujan biasa, namun hujan bermakna. takut dijauhkan dari Sang Pencipta, takut dijauhkan dari ibadah khusyuk, takut diganggu dalam melakukan sesuatu. Ya! hati itu agak sukar untuk dijaga apatah lagi dipelihara.. bahkan memulihara belum mampu untuk membebaskannya dari belenggu kemaksiatan duniawi melainkan hanya dengan taubat.. akhirnya, hujan itu reda, segalanya telah dilepaskan dan diluahkan.. Ya Allah, sahabat2ku adalah sebagai makhluk yang menjadi penghubung antara hambamu kepada Mu , Ya Rabbal A'lamin..

Menangislah Dibahuku - by Firdaus

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza
Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu
Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua
Menangislah …Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)
Wallahu Taala A'lam

Wednesday, September 15, 2010

Akhirnya... impianku..RFC!!!



Alhamdulillah..Syukur berjuta-juta syukur keadrat Allah subhanahu wa taala dan selawat serta salam kepada Nabi Muhammad dan seluruh keluarganya... Alhamdulillah.... impian ku selama ini untuk menjejakkan kaki ke RFC bersama keluarga dan menikmati RFC tercapai juga dengan keizinan Rabbul Alamin, Allah subhanahu wa taala.. Sedikit sebanyak, kehendak telah dipenuhi.. dengan menggunakan duit raya sendiri, akhirnya dapat juga aku merasa RFC sepuas-puasnya.. Mai secawan... Jom ke RFC!!

RFC cawangan Melaka (dalam Mydin : MITC, Ayer Keroh)

Set A + Radix Apple + Radix Fries + Wedges




Radix Hot Cocholate + Radix Apple + Radix Ice Cream

p/s : lama juga kitorang di sana... menghayati RFC.. kalau boleh nak pergi lagi.. bawak rombongan serbu RFC.. aiskrim radix tu memang sedap sampai berkali-kali beli..

Salam Eid Mubarak..

Wednesday, September 1, 2010

Nur Ramadhan Siri 4 : Ramadhan vs merdeka, Ramadhan yang merdeka

Saban tahun kita saksikan masyarakat Malaysia yang mengisytiharkan diri mereka 'merdeka' menyambut Hari Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti dan program yang sebenarnya telah menodai nilai kemerdekaan yang ada pada tarikh bersejarah itu.

Malam 31 Ogos sering kali menjadi tarikh penting untuk muda mudi berpesta dan bersuka ria berlatarbelakangkan persembahan konsert daripada artis-artis yang berpakej menyimpang dari norma kehidupan sebagai seorang warganegara Malaysia yang merdeka. Penganjuran program sambutan kemerdekaan yang berwajahkan aktiviti yang tidak menghargai penat lelah pejuang-pejuang kemerdekaan sering kali mendapat kutukan dan hamburan sinis dari sesetengah pihak yang ada nilai kesedaran dalam diri mereka, namun teguran dan nasihat sebegini dijadikan bahan gelak tawa mereka bahkan ada yang melabelkan nasihat tersebut sebagai 'musuh negara'.

Sambutan ini bukan hanya mendapat penganjuran besar-besaran diperingkat nasional, malah sehingga peringkat akar umbi termasuk kampus-kampus yang menjadi kilang pemimpin masa depan turut dididik dengan budaya merosak dan menghina nilai kemerdekaan negara.

Selingan doa selamat dan nyanyian patriotik lagu-lagu kebangsaan sudah cukup untuk mengaburi mata rakyat dalam menyatakan pemimpin-pemimpin negara kita pemimpin yang berjiwa merdeka, sedangkan terlalu banyak aktiviti yang dijalankan telah menodai kesucian sebuah kemerdekaan. Inilah dia gambaran sebenar senario politik negara yang menjual maruah negara tanpa kita sedari walhal minda dan akhlak kita sedang dijajah oleh agenda Yahudi laknatullah.

Paling menyentuh hati dan membuatkan iman meronta apabila memikirkan persoalan 'Merdeka' yang diasimilasikan bersama kehangatan sambutan 'Ramadhan' tambahan lagi pada fasa Ramadhan yang ketiga ini, iaitu fasa pelepasan dari api neraka dan juga merupakan 10 malam terakhir yang menjadi rebutan alim-ulama’, abid-fuqaha’ untuk menghabiskan Ramadhan yang masih berbaki sebagai peluang yang kecil untuk mereka habiskan dengan beribadah kepada-Nya.

Saya amat pasti dan yakin ada di antara mereka tidak langsung mempersiapkan diri untuk memenuhkan masa mereka pada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan, bahkan boleh dikatakan ada yang tidak sedar pun akan bahang dan kehangatannya.


Mujur masih ramai di kalangan umat Islam di Malaysia hari ini diberi sentuhan hidayah dari Allah untuk merasai bayu 10 hari teakhir Ramadhan. Mengapa saya tajukkan artikel ini sebagai Ramadhan yang merdeka? Apakah ia membawa erti seperti kupasan saya sebentar tadi- proses mengasimilasikan kehadiran Ramadhan dan Hari Kemerdekaan??

Jauh panggang dari api. Sebenarnya ada dua pengertian secara pandangan peribadi terhadap ungkapan ini. Kedua-duanya mungkin membawa makna yang berbeza tapi tujuannya tetap sama.

Yang pertama 'Ramadhan Yang Merdeka' ini, suka untuk saya ertikan sebagai suatu platform kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini untuk sama-sama kita merdekakan diri sendiri dari dibelenggu segala macam kekusutan duniawi sebelum kaki melangkah memasuki rumah Ramadhan yang mendatang. Kalau selama ini kita bergelumang dengan sampah maksiat, ambil peluang yang ada untuk memohon taubat dari Allah mensucikan diri dan hati. Semoga Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi dapat kita kecapi kemanisannya dengan penuh penghayatan dalam keadaan diri yang telah disucikan.

'Ramadhan Yang Merdeka' ini juga sebenarnya membawa suatu makna tersirat yang signifikan. Pada hemat saya ia menjelaskan pada kita betapa kasihnya Allah pada hambanya dengan menyediakan satu bulan tarbiyyah sebagai medan untuk kita service kembali iman serta menjadikannya ia bekalan taqwa untuk kita tempuhi 11 bulan yang akan datang dalam keadaan diri kita merdeka dan bersih dari segala dosa dan noda. Graduan yang berjaya dengan cemerlang hasil didikan University of Ramadhan ini akan merasakan diri mereka merdeka daripada dibelenggu hasutan syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa mencari ruang untuk melalaikan kita.

Fikirkan,
Marilah sama-sama kita hayati erti kemerdekaan sebenar dalam fasa menjadi tetamu Shahru Ramadhan yang didalamnya memiliki seribu satu nikmat dan rahmat dari Allah bagi mereka yang tahu menilainya. Selaku umat Islam yang bertamadun dan merdeka, seharusnya kita menjuarai persoalan sikap, akhlak dan etika dalam apa jua bidang kerana kita dibekalkan manual kehidupan yang cukup agung iaitu Al-Quranul Karim, Kalamullah.

Justeru jadikan kemerdekaan kali ini sebagai platform awal untuk kita berubah dan merubah ke arah suatu yang lebih synergic untuk membangunkan ummat Islam. Apa salahnya kita jadikan solat hajat dan juga munajat kepada Allah sebagai hiburan kita sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara kita dan juga Ramadhan yang masih berbaki. Semoga usaha kita mencegah diri kita dan saudara muslim kita yang lain dari melakukan kemaksiatan kepada Allah pada hari-hari yang masih berbaki dalam bulan Ramadhan ini bakal mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak di samping mencari lailatul qadr dalam 10 malam terakhir. Namun, bagaimana kita mahu mencari lailatul qadar??

Mencari Malam Al-Qadar

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).



edited : nur malam

Saturday, August 28, 2010

Nur Ramadhan Siri 3 : Cicak yang Tuli

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan diucapkan kepada semua warga Bumi Tarbiyah. Kita baru sahaja melepasi fasa pertama dalam bulan Tarbiyah, bulan Ramadhan iaitu fasa rahmat dan kita juga baru sahaja melangkahkan kaki kita ke dalam fasa yang kedua iaitu fasa keampunan. Namun, apakah kita telah dapat mencapai matlamat kita dalam bulan ini? Apakah terdapat perubahan positif atau peningkatan iman dalam diri kita? Sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri kita. Di sini, saya ingin membawa suatu cerita yang boleh kita jadikan pengajaran.

Ini sebuah cerita tentang cicak. Pada 27 hb tahun ke 13 cicak, Drazil, ketua kepada segala cicak-cicak di Lizard Village merancang untuk meraikan ulang tahun kelahirannya dengan menganjurkan sebuah pesta dengan mengadakan pelbagai pertandingan dan acara. Antara acara yang telah diadakan adalah memanjat pokok pinang yang telah dilumurkan dengan minyak. Sebanyak 25 ekor cicak telah menyertai acara ini dan cicak-cicak yang lain hanya menjadi penonton. Apabila wisel dibunyikan pada jam 8.00 pagi, semua cicak-cicak berlumba untuk naik ke puncak pokok pinang. Baru sahaja acara bermula, sudah ada cicak yang telah tergolek, terjatuh dan menangis dek tidak tahan dengan licinnya minyak. Pada jam 12 tengah hari, hanya tinggal 5 ekor cicak sahaja. Terdapat sebahagian penonton yang cuba untuk menjatuhkan semangat cicak yang masih mencuba untuk naik ke puncak. “ Sudahlah tu, mesti tak dapat sampai ke puncak”, “Turun sahaja, mengaku kalah saja”, lalu hampir semua cicak hilang semangat kecuali seekor cicak yang bernama Kubing. Kubing masih mencuba untuk memanjat pokok pinang itu lagi walaupun disogok dan tidak mendapat sokongan. Tepat jam 2.46 petang, Kubing berjaya sampai ke puncak pokok pinang. Semua cicak-cicak di Lizard Village terkejut. Apabila diselidik, ditemu ramah dan di tanya tentang rahsia kejayaan, Kubing tidak mempunyai sebarang keistimewaan. Namun, dia hanya seekor cicak yang tuli.

Kita bayangkan jika kita berada disituasi yang sama seperti Kubing. Bagaimana dia dapat melawan segala kata-kata penonton yang cuba menjatuhkan semangatnya dengan memiliki telinga yang tuli? Kita andaikan penonton yang cuba untuk menjatuhkan tadi dengan nafsu kita. Bagaimana nafsu kita cuba untuk menghasut serta menjatuhkan kita supaya kita tunduk dengan nafsu kita? Terutama sekali dalam bulan Ramadhan ini. Cicak-cicak lain yang telah jatuh sejak dari bermulanya acara ibarat seorang manusia yang telah jatuh dan tunduk mengikut nafsu masing-masing tanpa mencuba dan berusaha melawannya. Contohnya, bazar Ramadhan setiap tahun, menyajikan kepada kita pelbagai jenis juadah. Hari ini, akibat tidak menjadi tuli kepada nafsu sebaliknya bertuankan nafsu, terdapat ramai insan yang membeli dengan banyak sehingga terjadinya pembaziran wang. Terdapat juga yang makan hanya sedikit dan akhirnya tong sampah juga menjadi kekenyangan menelan makanan. Andai kita fikirkan dan teringatkan saudara seIslam kita yang berada di luar sana seperti di Palestin, pasti kita tidak sanggup untuk melakukan pembaziran apatah lagi kekenyangan dengan mengikut kehendak nafsu semata-mata.


Di samping itu, jika kita tidak menjadi tuli kepada nafsu, daun kehormatan wanita pasti hilang, pendirian lelaki yang teguh pasti rebah dan jatuh, masalah-masalah sosial yang kita lihat dalam dada-dada akhbar hari ini seperti masalah pembuangan anak, kes-kes khalwat dan penzinaan tambahan lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia in juga pasti akan berlaku. Jika dapat kita terapkan wanita solehah yang diibaratkan seperti pokok semalu dan lelaki soleh seperti cendawan beracun masalah-masalah seperti ini pasti dapat kita elakkan. Andai Kubing berjaya kerana tuli telinganya kepada penonton yang mahu menjatuhkannya, mengapa kita tidak menjadi tuli kepada nafsu kita supaya kita berjaya sampai ke puncak ketinggian iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

by : UZAIQ

Hati yang hidup dan sihat, apabila ditawar dengan kebatilan dan 
keburukan, biasanya ia pasti menghindar, membenci dan tidak akan 
menolehnya. Tetapi hati yang mati. Ia tidak dapat membezakan 
yang baik dan yang buruk walaupun diberi
kebaikan tetapi dianggap buruk olehnya.

Nur Ramadhan Siri 1 : RAMADHAN SEPANJANG SEJARAH


Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah banyak menyaksikan peristiwa suka duka dan pahit manis umat Islam sepanjang sejarah sejak bermulanya tempoh kebangkitan Rasul yang terakhir Muhammad s.a.w. Kebanyakan peristiwa tersebut berlaku samada melibatkan umat Jslam dengan golongan kuffar mahupun sesama Islam sendiri. Sempena Ramadhan yang baru menjelma ini, kita selaku generasi umat Islam yang terkemudian sewajarnya kepada kita mengimbau kembali catatan sejarah umat Islam terdahulu yang telah banyak menaburkan jasa dan bakti mereka demi memastikan survival agama Allah di muka bumi ini terus terpelihara.

Antara peristiwa-peristiwa penting yang telah dicatatkan berlaku pada bulan Ramadhan:

-Al-Qur'an mula diturunkan dengan turunnya ayat yang pertama sehingga yang kelima dari surah al-'Alaq kepada Rasulullah S.A.W semasa Baginda di gua Hira'.

-Tahun 2 Hijriyah, telah berlaku peperangan Badar al-Kubra. Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah S.A.W bersama-sama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju ke Badar pada 8 Ramadhan dan pada 17 Ramadhan terjadilah peperangan Badar al-Kubra. Peperangan ini dimenangi oleh Islam dan inilah kemenangan pertama pejuang-pejuang Islam menentang kemusyrikan dan kebatilan. Pada tahun kedua Hijriyah juga, zakat fitrah mula disyariatkan.

-Tahun 5 Hijriyah, para pejuang Islam membuat persiapan untuk menghadapi musuh di Madinah yang mana peperangan itu terjadi pada bula Syawal pada tahun itu juga. Dikenali dengan nama perang Khandaq atau Al-Ahzab, pejuang Islam telah mendapat kemenangan gemilang dalam peperangan ini.

-Pada 21 Ramadhan tahun 8 Hijriyah, Allah Ta'ala memberi kemenangan besar kepada Rasulullah S.A.W dan umat Islam dengan pembukaan kota suci Makkah. Baginda bersama para sahabat meninggalkan Madinah menuju ke Makkah pada 10 Ramadhan dan mula memasuki kota Makkah pada 21 Ramadhan. Pada bulan Ramadhan tahun yang sama Baginda mengutus beberapa kumpulan sahabat untuk merobohkan berhala-berhala terkenal yang terdapat di Makkah ketika itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala al-'Uza, Amr bin al-'Ash merobohkan berhala Suwa' dan Sa'd bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat.

-Pada tahun 584 Hijriyah Salahuddin Al-Ayyubi dapat mengalahkan tentera Salib dan membebaskan semula sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak Salib (Kristian). Ketika tibanya bulan Ramadhan, penasihatpenasihat Salahuddin menyarankan agar beliau berehat kerana bimbang ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam".

Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

-Pada tahun 658 Hijriyah Kerajaan Mamalik dapat mengalahkan dan menyekat kemaraan tentera Tartar Mongol di 'Ain Jalut. Peperangan ini terjadi sejajar dengan jatuhnya Daulah Abbasiyyah. Kota Baghdad yang ketika itu merupakan pusat perkembangan ilmu berhasil mereka hancurkan. Buku-buku perpustakaan di Baghdad mereka tenggelamkan di Sungai Tigris untuk dijadikan jambatan. Dalam sejarah digambarkan betapa air sungai Tigris kala itu berwarna kehitam-hitaman karena tertalu banyak dakwat yang larut. Demikianlah berakhirnya sebuah peradaban moden Islam di Baghdad. Umat Islam tidaklah berdiam diri membiarkan orang-orang kafir merobek-robek kemuliaan Islam. Penguasa Mesir ketika itu Saifuddin Quths menggerakkan pasukan Islam menuju ke Syam untuk menghalang tentera Mongol. Dua buah pasukan besar tersebut akhirnya bertemu di sebuah tempat yang bernama 'Ain Jalut (terletak di Palestin). Sejarah mencatatkan bahwa di 'Ain Jalutlah akhirnya pasukan Tartar ditumpaskan oleh kaum Muslimin.

Begitulah sedikit rentetan nostalgia dan pengajaran bagaimana
kegigihan umat Islam terdahulu dalam menjaga agama Allah ini. Untuk mengembalikan khilafah yang telah hilang ini, ia takkan berlaku dengan hanya sekadar ucapan atau retorik yang indah-indah tanpa sebarang tindakan dan penyatuan amal yang padu. Kemenangan yang dicita-citakan takkan tercapai jika masih terus bergelumang dengan dosa-dosa yang tidak selayaknya dilakukan oleh golongan agamawan. Ingatlah para sahabat, kemenangan bukanlah suatu yang percuma bahkan ia menuntut kepada jiwa dan jasmani yang suci agar anugerah tersebut tidak disia-siakan oleh tangan-tangan kotor tetapi mengaku merekalah pemegang panji-panji Islam. Manfaatkan Ramadhan ini dengansebaiknya dan berdoalah agar diterima segala amalan kita.
Wallahua'lam.


Saturday, July 31, 2010

:: Aku di Umar ::

to all bacht SPM 2010 -all the best for exam!!

Assalamaualaikum..Alhamdulillah wa syukurillah.. Ya!! post kali nie nak cerita sikit kehidupan aku di sekolah.. Beberapa minggu yang lepas.. sekali lagi, streaming kelas untuk tahun nie diadakan.. Alhamdulillah.. Jangkaan aku tepat sekali. Aku ditaqdirkan untuk masuk ke kelas Senawi 2 Umar Al-Khattab.. Hakikatnya orang selalu panggil 2 Omar.. Tapi aku lebih gemar dan suka menulis nama kelas aku begini. Aku telah diturunkan kelas dari kelas Senawi 2 Abu Bakr As-Siddiq (kelas ber'air-cond). Aku lebih suka hidup sederhana.. penat untuk ditarget.. haha.. dan aku melihat perubahan dalam diri aku.. kalau selalunya di kelas abu bakr itu (environment macam kat overseas), akulah antara pelajar yg sering dic0p tidur, kini di Umar, aku amat jarang untuk tidur.. dan itulah hikmahnya aku diturunkan kelas.. bak kata Ustaz Mohammed, dapat air-cond semula jadi duduk di kelas Senawi 2 Umar Al-Khattab. Aku suka duduk di kelas itu, tetapi biasalah, banyak perubahan suasana. Kalau di kelas AB aku boleh buat ape yang aku suka, tapi di Umar, aku sedar, aku masih baru dan ramai Ar-Rijal. Jadi ianya terbatas. Actually, sedikit suasana yang aku kurang selesa di kelas Umar itu aku pendamkan dulu walaupun aku telah panjangkan hajat dan masalah itu kepada Rais Al-Fasl, nampaknya macam tiada tindakan. Maybe lepas nie masing2 dah x duduk di kelas kot.. Peperiksaan je lepas nie.( pre-trial, trial dan SPM) xtau la, kalau kembali ke fitrah semula. x kesah la.. Moga sahabat batch SPM 2010 dapat buat yang terbaik untuk tahun ini dan apa yang dilakukan dalam hidup masing-masing.

Saturday, July 3, 2010

Dakwah Kanak-kanak

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pada episod Imam Muda yang lepas, para peserta diberi tugasan dakwah kepada kanak-kanak. Lantas mengingatkanku pada beberapa peristiwa.
farisya budak nakal

Kisah 1
Anak saya merangkap anak orang (makku menjaga anak orang) pernah ditanya satu soalan untuk menguji pemahaman mereka tentang Islam @ tauhid. Anak ini amat meminati kartun dan suka bermain lawan-lawan dengan anak-anakku yang lain. Anak ini juga telah disekolahkan oleh ibunya di sebuah tadika yang tidak spesifikkan Islamnya (bukan tadika Islam). Abangku pernah bertanya kepadanya “Ultramen dengan Allah siapa lagi kuat?” Tahu apa yang telah dijawabnya? “Ultramen.” Jawabnya ringkas. Tapi cukup menggetarkan hati ini. Megucap panjang kami mendengarnya. Abangku lantas berkata “Allah lagi kuatlah. Bukan Ultramen.”
Peristiwa ini cukup memberi pengajaran dan menggambarkan bahawa kanak-kanak hari ini berada dalam keadaan tidak diajar dan dididik dengan perkara-perkara seperti ini. Sebaliknya diabaikan perkara-perkara ini, membiarkan kanak-kanak ini dijajah mindanya melalui media massa terutamanya dan seterusnya merosakkan pemikiran mereka. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat remaja hari ini. Ini adalah salah satu faktornya.

Kisah 2
Satu peristiwa lain yang baru sahaja ku alaminya bulan lepas. Sampai sahaja dirumah pada hari Isnin(cuti 2 minggu) dalam kepenatan, aku duduk di atas sofa diruang tamu. Kelihatan anak-anakku sedang bermain. Salah seorang daripada mereka berkata “Jom main lawan-lawan. Siapa yang kuat?” Anakku yang lain pula berkata “Jom! Tapi Allah lagi kuat sebab Allah Maha Besar” Betapa hati ini berbunga-bunga mendengar kata-kata mereka itu. Saya tersenyum sediri. Bangga saya mendengarnya. Apabila difikirkan kembali, anak yang berkata ini adalah bekas pelajar PASTI tadika Islam.
anak-anak Pasti 3P

Pemerhatian
Apa yang dapat saya katakan disini, pendidikan awal kanak-kanak amat memainkan peranan yang penting. Penting untuk menentukan fikrah atau pemikiran mereka dan juga pemahaman serta pengetahuan mereka tentang asas Islam . Namun, tempat persekolahan bukan segalanya juga. Cukuplah sekadar membantu dalam memahami dan mengetahui pendidikan Islam. Ibu bapa juga sepatutnya tidak lepas tangan dalam memberi didikan agama kepada mereka.

Kisah 3
Saya juga masih teringat saat kami, MT TPOP keluar menimba pengalaman semasa Unilever. Ada dalam kalangan sahabat2 akhowat yang amat suka bermain dengan kanak2. Saya juga berbangga ada dalam kalangan mereka yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil ini sebagai satu inisiatif dakwah. Salah seorang dari sahabat ada berkata kepada anak2 Gemencheh itu, "Esok, kalau nak jumpa kitorang lagi, pakai tudung tau." Keesokan harinya, dilihat bahawa anak2 itu, memakai tudung. Aku dapat merasakan sifat ArRahim Allah itu mengalir dalam diri sahabat dan dialirkan lagi ke dalam diri anak2 Gemencheh. Apa yang dapat saya lihat adalah anak2 ini juga mempunyai kesedaran untuk menutup aurat. Orang2 disekeliling sepatutnya memberi galakan kepada mereka. Betapa kasihnya mereka kepada sahabat2 saya. Saya juga ada menguji salah seorang anak Gemencheh ini dengan satu soalan asas iaitu dengan menyuruhnya membaca kalimah syahadah. Bagi ku, jika kanak2 Islam kini tidap mampu untuk melafazkannya, amatlah mendukacitakan. Namun, anak ini mampu melafazkannya dengan sempurna sekali. Alhamdulillah.

Moga kisah2 diatas mampu membuka fikiran kita untuk berfikir sesuatu. Jika pendapat ini ada salahnya, tolonglah tegur diri ini. Wallahu Ta'ala A'lam.

Saturday, May 22, 2010

Dalam keletihan...


Assalamualaikum... Syukur atas segalanya kepada Allah.. Selawat dan Salam kepada Rasulillah.

Dalam kepenatan dan keletihan menajalani kehidupan di Bumi Tarbiyah ini...diri ini masih merasai kurangnya kekuatan diri.. tapi aku masih mengetahui DI SEBALIK KEPAYAHAN, DI SITULAH ADA KEKUATAN. Hati ini perlu kuat untuk segalanya.. bukan tiada perasaan melihat teman-teman lain belajar. Bukan tiada perasaan melihat teman-teman yang bersama-sama dalam perjuangan ini tidak dapat untuk belajar. tetapi, bukan semua orang sama. Pastinya orang yang ingin bekerja untuk Allah ini tidak ramai yang mampu melaksanakannya. Hanya orang-orang yang terpilih sahaja mampu untuk bertahan segala kutukan, amukan, kemarahan dari pelbagai pihak. Bukan untuk mengata, walaupun perkara itu pernah berlaku ataupun tidak tetapi pasti ada hikmahnya. Soff ini sering diperingatkan.."seseorang itu tidak akan dipertanggungjawabkan melainkan ia mampu melaksanakan.".... "siapa yang menolong agama Allah, pasti Allah menolong dia".. Janji Allah itu pasti.. Andai soff ini yang mendapat D utk peperiksaan, andai soff di pandang rendah oleh kawan2, andai soff ini masih ketinggalan.. Hanya kepada Allah kami mengadu. Allah sahaja kekuatan kami.. Semoga usaha ini hanyalah kerana Allah, RasulNya dan Umatnya, dan dinilai oleh Allah dipadang mahsyar nanti moga terlepas juga tanggungjawab ini..






Selamat Maju Jaya kepada sahabat seperjuangan TPOP 10 dan BADAR !!! Bittaufik Wan Najah...

Sunday, May 2, 2010

Disebalik pokok semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa
wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Saturday, April 10, 2010

Kisah Penjual Tempe


Dalam sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa terdapat seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, hanya separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,
"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"


Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.



Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun berasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu
pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...



Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat( ",) ..

Sunday, March 14, 2010

Makna Air Mata Insan




PERNAHKAH anda menangis?


Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.



Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”




Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

..copy..

Rintihan by Hijjaz

Biar berlinangan air mata, Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka, Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman.... Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha.. Moga kan diterima...

Namun ku percaya, Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu, Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada, Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya....

Saturday, January 30, 2010

"AkU buKaN BPP"

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang, dengan kasih-sayangNya telah memberi keizinan untuk menulis.. atas nama Mu Allah Ya Wakil Ya Hadi, aku berserah dan memohon petunjuk andai terdapat kesilapan dan terguris perasaan kepada setiap pembaca... Awwal Kalam.. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.. Hampir sebulan di sekolah.. pelbagai perkara yang berlaku, onak duri, ranjau berliku, sedih dan duka, tangis dan tawa, redha dan syukur, segalanya berlaku kerana Allah Ya Bari.. menentukan segalanya..


Sesungguhnya aku bersyukur, aku bukanlah dalam kalangan BPP.. aku melihat kekadang mereka begitu sibuk. dan aku masih bersyukur.. Namun, kelam-kabut sebagai senior express (tetiba jadi senior, kerana sepatutnya masih ada 1 batch lagi atas kami) tidak dapat ku nafikan.. biarpun sekadar beberapa batu yang aku pegang, aku masih bersyukur, aku bukan BPP...aku juga tahu kemampuan diri sendiri kerana batu yang dipegang sudah mampu menurunkan hujan.. Hujan yang tiba-tiba turun pada malam hari dan patutlah malam itu suram.. sungai deras mengalir, biar berjuta batu menghalang, tetap mengalir, namun hanya Allah saja tahu, apa didalamnya... Buat sahabat BPP teruskan perjuangan kalian... dan sahabat-sahabat yang bergelar senior.. jalankan tanggungjawab kita bersama ya...

Abu Bakr??

hmmm.. berkisar tentang streaming kelas yang telah dibuat pada hari pertama di sekolah, berdasarkan markah sains, matematik dan arab tahun lepas..... dengan segala takdir Allah, ramai yang bertukar kelas.. Alhamdulillah, aku masuk abu bakr..kemasukan aku ke abu bakr itu sebenarnya adalah permintaan dari beberapa pihak.. hmm,, namun bagiku, sama saja kelas-kelas lain, just kami ni tercampak jauh sikit.. seberang.. aku masuk ke kelas tu untuk menunaikan permintaan orang yang bermakna, tercinta, yang banyak berkorban kepada diri ini.. dan semua orang memilikinya.. siapalah kita tanpa mereka.. moga ini mengembirakan mereka.. kalau ada steraming kelas lagi, andainya aku turun kelas.. alhamdulillah juga ku ucapkan.. (actually tak nak masuk abu bakr).. yalah, bukan apa... takut untuk diberi harapan yang tinggi menggunung... Namun aku cuba yang terbaik.. kesibukan belajar takkan menggugat aku untuk terus berjihad, berjuang!!!

p/s : Balik ni, sibuk dengan kerja sekolah dan kerja TPOP 2010.. hmmm... sampai ketemu lagi.. bulan depan.. Wallahu Taala A'lam...



Renungan bersama...




Sebelum Mata Terlena... Hijjaz

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Friday, January 1, 2010

2009 Berlalu Pergi..Adakah Kita Masih Lupa Diri??



Assalamualaikum W.B.R Dan Salam Ukhuwah..

Langit tidak selalunya cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan,"

Indah lirik lagunya semerdu suara sang penyanyinya...

Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah,ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun,adakah dengan berubahnya suasana alam,pendirian kita juga mesti berubah?(ertinya berubah daripada keinginan untuk mencapai matlamat kepada perasaan malas yang akan membinasakan diri sendiri)

Tahun baru Islam sudah beberapa hari berlalu dan umur kita pula semakin meningkat,kini mentyusul pula tahun baru masihi..sedangkan apabila bertambahnya peningkatan umur maka jangka hayat kita hidup di dunia yang sementara ini semakin hari semakin singkat.

ADAKAH KITA MASIH LEKA DAN ALPA....

Entah esok,entah lusa atau mungkin dalam masa satu saat lagi kita akan dijemput oleh-Nya untuk kembali pulang. Dan tiada sesiapa pun mampu menghindarkan diri daripada kematian sebagaimana firman Allah :

"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan hanya makhluk jua yang mempunyai jiwa(roh atau dalam bahasa ilmu Ushuluddin dipanggil jauhar) dan roh adalah baru dijadikan-Nya daripada tiada kepada ada,maka yang mati hanya makhluk.Allah tetap Maha Hidup Kekal."

Dalam perjalanan hidup ini, terkadang kita merasa penat dan letih ditambah pula dengan perasaan duka yang melemahkan jiwa,apatah lagi jika apa yang kita inginkan tidak dapat dicapai? Pastinya perasaan sedih dan keputus asaan akan lahir dalam jiwa.

Namun adakah apa yang kita anggap baik untuk kita itu terbaik bagi Allah? Dan mengapa Dia tidak memperkenankan keinginan dan doa yang kita rasakan terbaik untuk kita?

Sebelum persoalan di atas dijawab, ada satu lagi persoalan utama yang perlu kita jawab dahulu.


SIAPA YANG MENJADIKAN KITA?


Pasti jawapannya adalah Allah; Tuhan Pencipta Alam. Jika Allah yang menciptakan kita, maka Dia tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita. Oleh yang demikian terjawabnya persoalan di atas. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya kerana Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu apa yang terbaik dan apa yang akan membinasakan hamba-Nya.

Allah berfirman:

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)

Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita.

Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita. Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.

Begitulah apa yang dihuraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ketika menasihati seorang lelaki suatu waktu dahulu.

Dan teruskanlah penghijrahan kita ke arah kejayaan dan kegemilangan yang diredhai-Nya, moga-moga perjalanan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Ketika peristiwa hijrah, generasi para kekasih Allah merasai keperitan, kesengsaraan dan kelaparan. Jika mereka yang paling dikasihi Allah itu pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban jika kita benar-benar mencintai agama kita.

ANDA BACA ANDA TENTUKAN..